KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

PERUBAHAN SELEPAS ADA BLOG (Episod 1)

Kita masuk terus ke dalam isi tanpa permulaan perenggan yer (takut nanti meleret panjang x masuk isi lagie) -.-'

1. INSOMNIA

Baik ker buruk yer?? Hehehe.. Sendiri mau ingat lah.. Masa first2 mummy x banyak entry masa tu mummy belum start kerja lagie.. Masa tu masih cuti bersalin lagie.. So waktu-waktu terluang sementara c adik tengah tidur tu mummy pun seronok jer layan blog.. Nak masukkan entry yang syok giler (konon jer).. Sampai malam dah baring dok atas katil pun masih dok pikiaq aper yang nak tulis kat dalam blog.. Nak jer tgh2 malam tu nak bawa masuk lappy kat dalam bilik nak sambung tulis takut x ingat idea.. Last-last apa yang mummy tulis lain dari yang mummy fikir semalaman..  Tu lah kesan paling ketara yang mummy alami setelah menceburi bidang maya nie.. Jangan contohi perangai mummy nie k, bek korang isikan masa berangan korang tu dengan sembahyang istikarah lagi baik.. Tapi sejak dua menjak dah kerja nie dah xder masa sangat nak berangan lebih-lebih.. Time kerja layan kerja ofis, balik jer maner nak kemas umah, nak masak, basuh kain, prepare barang2 taska adik lagie (baru adik jer, c kakak bulan 6 dah balik ke pangkuan mummy dah tambah kerja mummy lagie nak layan kerenah dia lagie).. Kira kalau ada masa terluang barulah mummy cuba buka gmail reader nak tengok perkembangan kengkawan.. Ader jer masa free kat ofis ker kat umah baru lah mummy dok pikiaq entry aper nak masuk.. dah serik dah malam tak cukup tidur migrain akan bertandang dengan cepatnya.. Natijahnya semua kerja tangguh.. Korang jangan nak tipu kater korang x alami benda yang sama okey!!

2. RAJIN BEREKSPERIMEN

Setelah men"follow" beberapa blog yang kaya dengan menu-menu menggiurkan macam blog Cik Mat Gebu, Kak Jee dengan Kak Nieza, and banyak lagie lah.. Secara tak langsung memberi mummy motivasi nak cuba resepi dorang tak pun nak cuba cipta resepi sendiri. Kalau dulu boleh dikatakan masa kerja Isnin - Jumaat tu leh kira la dalam sekali dua jer mummy masak dinner tak pun ipar yang kekadang kat umah yang tolong masak... Pagi dengan tengah hari dah skip ler sebab masa tu kat ofis lagie.. Ujung minggu pula biasanya bangun lambat, breakfast memang dah gabung lunch skali  A.K.A BRUNCH ler.. Mummy tak lah cakap sejak join blog dorang nie setiap hari dah mummy masak, sekurang-kurangnya kalau mummy dengan daddy ader jer kat rumah tue memang ader jer idea-idea baru mummy nak experimen kalau sedap tu ingat mummy nak share kat blog.. Tapi naper sampai sekarang korang tak nampak lagie kan aper-aper entry masakan mummy.. Hehehe.. Mummy ader letakkan syarat untuk diri mummy.. Dengan syarat daddy kater MABELES.. Camana nak tahu?? Hehehe.. Biasanya kalau daddy dah start makan tue, kalau menu tu sedap tak yah mummy tanya memang dia akan geleng kepala, tapi bukan tanda tak sedap, tapi mabeles katanyer.. Heheh.. Kalau macam tu tandanya memang sedap tahap A la kata orang.. Tapi kalau dia makan diam jer, bukan tak sedap, sedap cuma biasa-biasa jer.. Kalau daddy dah diam tue, mummy dah agak ada yang tak kena so mummy tanya la sedap ker tak, biasanya daddy kata ok-ok jer.. Pastu dia mesti tambah komen lepas tu sama ada terkurang rasa terlebih masin ker.. Buat masa nie daddy belum bagi geleng kepala lagie.. So that's mean belum lagie kena approve ler nak share kat blog lagie.. So kena rajin lagie ler nak bereksperimen..


3. KURANG BERGOSIP

Kalau kira dulu-dulu masa ader geng kat ofis nie, ader jer masa terluang mesti mummy dok meja segi empat kat pantri tue memulakan meeting pagi nak bergosip dari rumah smpai lah cerita dunia.. Semuanya nak dikorek.. Tapi masa tu takleh lama-lama sebab bos mummy masa tu strict giler.. Lepas geng-geng keras dah berpindah randah, yang mengganti pula x sebest suasana dulu.. Ader juga masa luang dengan dorang tapi mummy lebih selesa dengan geng dulu-dulu yang boleh dikatakan setiakawan.. So masa gosip kat pantri dah makin berkurang ler jawapnyer.. Bertambah lagie facebook dengan tweeter plak kena block pada masa-masa tertentu.. Lagi lah memboringkan mummy.. Kalau dulu masa terluang dihabiskan dengan membaca longgokan majalah yang mummy order dari kedai aunty kat minimarket tingkat bawah ofis mummy nie.. Selepas dah mengaktifkan semula blog mummy yang dah lama tidur konon nak promote balik pelancongan abang ipar mummy, mulalah idea mummy nak create blog mummy sendiri nak buat coretan diari alam maya gitu... Hehehe.. At least dosa nak mengumpat berkurangan juga la kan.. Bolehlah mummy isi masa terluang kumpul resepi nak cuba kat umah, tak pun blogwalking kat blog yang mummy follow.. 

(Episod Kedua Menyusul kalau mummy free k, sebab petang nie c adik ader appointment klinik)

Tungguuuuuuuuuuuuuu...............



Monday, April 25, 2011

EKOR DI BAHAGIAN HADAPAN?

Hehehe... Lepas entry heavy mummy sebelum nie, meh kita ringankan otak jap nak kurangkan kekalutan jap... 

*AMARAN KERAS:BUDAK BAWAH UMAH eh silap, BAWAH UMUR TAKLEH BACA!!*

Suatu hari kat dalam hutan.......

Monyet: Tarzan, kenapa engkau sorang jer yang pakai cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ker?

Tarzan: Tak ada apalah!

Monyet: Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?

Tarzan: Aku kata tak ada, tak ada lah!

Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. Jadi dia pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel rahsia Tarzan.

Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia (itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok saja keadaan Tarzan yang berbogel tue, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.

Monyet: Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan............




Antara Diploma dan STPM???????

باسم الله الرحمن الرحيم

Persoalan nie tetiba jer keluar dalam otak mummy tatkala menjenguk-jenguk kot-kot ada kosong kat gomen nie.. Benda nie sensitif tak la sensitif sangat.. Cuma bagi mummy tak kefairan tue ader.. Aper yang mummy dok membebel nie??

Okey, macam nie, kalau sesaper yang berminat nak join gomen nie kalau nak post jawatan level 17 nie wajib kena lulus SPM la.. OK, yang tu mummy no hal.. Cuma kalau nak naik taraf level 27 nie mummy hangin sikit.. Bukan aper.. Kelayakan yang dorang nak tue sama ada STPM ataupun DIPLOMA.. Mummy rasa memang sesaper yang berabis tiga tahun semata-mata nakkan segulung diploma konfom setuju dengan mummy naper dorang SETARAFKAN sijil kitorang dengan STPM nie.. TIGA TAHUN okey nak amik Diploma, belum campur setahun nak amik PRA lagie.. NAK NAK EMPAT TAHUN semata-mata nak amik DIPLOMA SAHAJA.... STPM?????? 1 1/2 TAHUN SAHAJA... HANGIN!!!!!! Kalau nak conclude berapa subjek kena amik masa kat diploma LEBIH BANYAK dari dorang yang amik STPM wokey!! Kalau dah tau taraf dorang nie samer jer dengan STPM, bek tak yah wujudkan kursus diploma, PRA lagie la tak yah, wajibkan jer STPM, lepas amik jer terus pilih sama ada nak terus kerja ker atau sambung degree... Payah-payah nyer kitorang nak amik masa tiga tahun tapi belum tahu lagie sijil tue leh guna masa interview nanti...

Mummy emo sangat pasal benda nie bukan aper, mummy sendiri pun dah mengalami nasib yang lebih kurang samer dengan golongan beribu-ribu graduan diploma yang masih tidak berpuas hati dengan kelayakan pengambilan gomen nie.. Yer la, kalau saper-saper yang dok kerja gomen nie stakat lulusan diploma nie memang tak kena pandang punya la.. Pemikiran dorang, ala, setakat diploma jer, sama jer dengan STPM.. And belum tau lagie sijil nie leh kena pakai okey!!! Naper??? Sebab x memenuhi kriteria jawatan.. Contohnyer?? 

SITUASI 1:

Okey, let say la budak tue lepasan diploma kursus A and jawatan yang dia pohon tue nakkan kursus B atau kelulusan STPM (tak caye korang cuba cari jawatan gomen yang ader jawatan gred 27 ke atas  and 80% bagi option macam tue).. Korang mesti kata logik la kan, sebab aper yang kita belajar tak sama dengan jawatan yang kita mohon.. Mummy terima, tapi apsal plak ayat kelulusan STPM tue kena ader kat belakang tue..?? Lesen STPM nie besar sangat ker?????? Setahu mummy stakat sijil STPM nie yang kita blajar wajib PENGETAHUAN AM jer kan?? Tu pun kita dah blajar sikit-sikit masa subjek Sejarah masa SPM dulu.. Cuma lebih detail jer.. Aper yang belajar Diploma nie xder tamadun ker kalau tak amik pengetahuan am?? Pernah dengar tak istilah ON JOB TRAINING?? Aper guna INDUKSI?? X leh ajar ker lepas dapat jawatan tue?? Apsal plak STPM dikatakan setaraf dengan DIPLOMA??

SITUASI 2:

Contoh kedua pula, pada saper-saper yang ada sijil diploma dengan SPM, bek korang jeruk jer Diploma korang tue.. Naper?? Takat Diploma nie memang dah takder nilai okey.. Naper mummy cakap macam tue?? Okey, ramai kawan mummy yang mummy pernah tanya, boleh dikatakan 80% berkelulusan diploma dapat kerja kat gomen nie guna SPM jer... Yer la, ada juga orang kata, asal dapat gomen pun jadi la.. Tapi awat dorang tahu dorang ader diploma tapi tak apply jer jawatan setaraf kelayakan??? Saper kata xder????? Majoriti apply guna kelayakan tapi HABUK PUN TADAK!! Last-last guna sijil SPM, downgrade mohon gred 17 pula yang kena panggil... Kalau dah masuk kerja nnt baru tunjuk diploma nak minta gaji naik.. Yer la kalau kita cakap kita nie kerja gomen boleh la tak pijak tanah kena puji gaji tinggi banyak elaun... Kejap jer.. Alih-alih dah masuk kerja baru lah tau kalau takat gred 17 jer yang ada diploma tapi tak kena dengan kriteria kelayakan jawatan tak yah mimpi la nakkan gaji setaraf gred 27 yer.. TAPI, kalau ader STPM BOLEH!! -_-" Waaaaa!!!!!!!!! Lagie berdesing la telinga mummy nie lepas dah tau realiti sebenar.. Jangankan yang ader diploma, DEGREE pun belum tau dapat okey!!!! 


So apa pengajaran yang kita dapat kat sini??? Kalau dah standard gomen macam nie, mula-mula bagi sesaper dah pasang angan-angan nak kerja dengan gomen nie masa SPM tue takat luluskan jer subjek BM dah ader peluang dah masuk gomen nie.. Even tak pass SPM pun guna PMR pun leh apply.. Saper-saper yang rasa nak shortcut nak cepat balas jasa mak bapak korang leh la amik STPM jer, stakat lulus jer dah leh dapat gaji setaraf Diploma... Tak yah korang jeruk 3-4 tahun kat uni konon nak tabur bakti kepada bangsa dan negara...  Bek korang fikir 400 kali kalau korang rasa korang nak berenti takat tue jer, leh buang kat tong sampah jer sijil tue... Aper???? Korang ingat senang ker nak amik Diploma?? Dah la syarat SPM ketat nak mampus just nak layak masuk kursus tue, kena peruk lagie 3-4 tahun semata-mata nak dapat sijil bidang khusus tue.. Pas tu bagi sesaper yang nak sambung degree pointer kena la letup giler minimum 2.5, even ada yang wajib 3.0... So what happen dengan yang tercicir?? Apply gomen takleh guna Diploma, tak ker sia-sia 4 tahun kat uni??? Kalau cemerlang mana pun kalau dah kata bidang x sesuai, what's the point in getting high pointer?? X semua yang mampu nak sambung degree okey!!

STPM takper, takat lulus BM masa SPM dah leh sambung STPM, amik jer yang subjek wajib cukupkan kelayakan masuk gomen jer leh dah minta gaji taraf diploma taupun sambung degree... Kalau tak pass maths taupun tak reti nak kira masa guna jam digital pun takper, asal tau bodek masa interview, takpun hulur duit kopi jer dah leh masuk gomen... Dari 4 tahun korang terperuk kat uni nak lulus Diploma, masa 4 tahun tue korang dah lebih separuh jalan dah menuju taraf Degree melalui STPM... Tak pass Degree pun at least korang ader STPM kan??????????????

Harap-harap lah pemimpin kita leh nampak jerih payah kitorang bertungkus lumus demi segulung diploma nie.. Susun semula standard pelajaran kat Malaysia nie.. Mungkin ader yang berpendapat kalau tak dapat gomen, swasta kan ader.. Cuba korang tanya la kaum bumiputera kita, ader baper ramai yang kata taknak kerja gomen??? Maybe ader juga yang tak setuju dgn mummy sebab nak berenti takat STPM jer, nak salahkan orang kita pemikiran sempit... Saper kater kitorang nak berenti takat tue jer?? Tak pernah dengar ker istilah PJJ?? X leh ker kerja sambil belajar?? 

Dengan ledakan dunia IT sekarang nie, remaja sekarang dah lebih celik tentang hala tuju masa depan dorang.. Tak macam zaman mummy dulu-dulu (hek eleh macam la tua sangat ko nie), nak dapatkan typewriter pun payah, nie kan lagie la desktop, handphone pun masa kat uni jer baru merasa, tu pun atas ehsan PTPTN barulah mummy merasa teknologi yang kononnya canggih tue.. Zaman sekarang jangan sebut la, c kakak yang baru 2 tahun jer dah tahu macam mana nak buka lock handphone mummy dgn daddy dia okey!! Heheheh.. Ingat lagie tak model nie???

Seribu kenangan.. Banyak jasa hp nie untuk mummy.. Dia nie juga la mummy dapat merasa pegang hanphone.. 


So antara DIPLOMA dan STPM?? Bak kata Nabil, LU PIKIRLAH SENDIRI!!

Sekian..........

PROFESOR YANG GILA

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya gila, sila berdiri."

Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata:" Ooooh.... Jadi awak mengakulah diri awak gila?"

Pelajar:" Bukan.. sebenarnya saya tidak sanggup lihat professor seorang saja yang berdiri!"

Profesor: #@$%^&*.....................


Mummy: Siape yang gila?????????

Monday, April 18, 2011

Selingan.... Meh kita exercise muka jap!!

Pada suatu hari, ada 3 ekor kura-kura pergi berkelah bersama-sama. Kura-kura pertama membawa makanan, kura-kura kedua membawa minuman, sedangkan kura-kura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujna pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka:

Kura-kura I: "Ermmmm.. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Sapa yang nak pergi nie?"
Kura-kura II dan I saling pandang memandang dan sepakat menuding kura-kura III

Kura-kura III: "Tak nak lah.. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan nie semua."

Kura-kura I dan II: "Taklah. Kitorang tunggu sampai engkau datang."

Kura-kura III:" Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu."

Kura-kura III:" Kalau 3 jam?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu."

Kura-kura III:" Kalau 1 hari?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu."

Kura-kura III:"3 hari?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu."

Kura-kura III:" 5 hari?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu."

Kura-kura III:"1 minggu?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu."

Kura-kura III:" 2 minggu?"

Kura-kura I dan II:" Kitorang akan tetap tunggu. Engkau pergi jer la"

Dengan berat hati, akhirnya kura-kura III pun berangkat. Kura-kura I dah II menunggu dengan setia. Sehari, dua dari dan seminggu telah berlalu. Kura-kura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kura-kura I dan II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kura-kura I: " Aku dah tak tahan lapar nie. Kita makan je lah."

Kura-kura II:" aku pun dah tak tahan nak pengsan nie. Jom kita habiskan makanan nie."

Tiba-tiba kura-kura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagie. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? Kan?!!!!"

CARA HINDARI RAKAN TIKAM BELAKANG

باسم الله الرحمن الرحيم

Hari nie mummy ader la terbaca satu artikel kat majalah nie.. So mummy sangat lah tertarik dengan artikel nie.. Tak tahu kenapa yer??? So in case ader saper-saper yang nak berkongsi masalah tentang bagaimana kita nak mengelak dari kawan macam nie, mari kita tengok sama ada tips-tips nie dapat membantu korang yer..... :

BERHATI-HATI
Sentiasa berhati-hati dengan rakan sekerja yang berpura-pura baik. Biarpun sukar untuk mengesan rakan sepejabat yang tergolong dalam kategori ini, namun sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya kawal bicara anda agar rahsia yang sepatutnya tersimpan rapi tidak diketahui sesiapa.

BERJAGA-JAGA
Siapa tahu mungkin ada rakan yang tidak suka atau senang dengan anda di tempat kerja. Individu tersebut tentunya akan berusaha meyakini atau mempengaruhi orang lain agar berpihak kepadanya. Malah, tidak mustahil juga dia turut bertindak menyebarkan berita atau cerita todak benar tentang anda. Oleh itu, sentiasa berwaspada dan jangan takut sekiranya anda berada di pihak yang benar.

MENGKRITIK SECARA TERANG-TERANGAN
Rakan sepejabat seperti ini biasanya akan menghentam anda di hadapan rakan-rakan lain tanpa berselindung. Jangan biarkan mereka berterusan dengan sikap tersebut. Katakan dengan baik bahawa anda tidak menyukai caranya dan jelaskan secara ringkas tetapi profesional.

KENDALI RAKAN YANG GEMAR MENCELAH
Anda pernah mengalami situasi sewatu sedang menjelaskan sesuatu, ada di antara rakan-rakan yang tiba-tiba mencelah. Berikan ruang kepadanya untuk berbicara sebelum anda menyambung kembali kata-kata anda tadi.
Sekiranya dia masih tidak berpuas hati dan tetap ingin mencelah, tegaskan pemdirian anda dengan menyatakan anda mahu rakan lain mendengar bicara terlebih dahulu sehingga tamat sebelum mendengar apa yang ingin dinyatakannya.

USAH BIARKAN IDEA DICURI
Usahakan agar idea menjadi hak mutlak diri sendiri. Sekiranya anda memiliki idea kreatif, jangan ragu untuk mengingatkan sesiapa bahawa idea tersebut hak anda. Apa yang penting,lakukan dengan wajar di samping membicarakan hal ini melalui keadaan perbicaraan yang tepat.

BERWASPADA DENGAN RAKAN YANG MEMBENCI ANDA
Golongan ini adalah individu yang memiliki seribu satu macam cara untuk menjatuhkan anda. Oleh itu, penting bagi anda untuk mengetahui taktiknya di samping berusaha mencari jalan menepis setiap tindakannya.
Secara tidak langsung, anda akan semakin serasi dengan situasi genting dalam dunia persaingan yang semakin mencabar ini. Pertahankan kemampuan anda semaksimum mungkin dan jangan berhenti untuk terus belajar dan berusaha.

Dipetik dari satu entri dari Si Tagap (nama baru Bang Ben yang diberi oleh daddy semalam):

"Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).


Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
Jadi, pelajaran untuk entry kali nie, berhati-hatilah kalau memilih kawan yer.. Sebab tu lah mummy cerewet nak memilih kawan.. Mungkin ada kesan negatif dan tidak kurang juga positifnya.. Mummy sentiasa cuba untuk memperbaiki diri mummy, terpulang kepada individu sama ada nak suka atau tak dengan personaliti mummy. Yang penting, kita buat jer apa yang kita rasa betul, KAN KAN?????


** Yang Baik datangnya dariNya, yang buruk datangnya dari diri caye**




Sunday, April 17, 2011

Untuk Kak Yan..

باسم الله الرحمن الرحيم

Terdetik mummy nak buat entri khas untuk anak buah mummy nie setelah membaca luahan hati dia kat sini.. Lepas dah baca keluhan hati dia tue, terimbas kembali lah kenangan masa lalu yang lebih kurang juga pengalaman mummy macam Kak Yan.. Nak komen kat entri tue tapi for sure memang panjang lebar punya.. So mummy nak share something, moga-moga mummy leh kurangkan atau berkongsi pengalaman dengan Kak Yan macam mana mummy tempuh kekecewaan sekiranya apa yang kita hajati tak tercapai..

Aunty mungkin bukan seorang yang 100% Kak Yan boleh contohi.. Tapi aunty faham sangat bagaimana perasaan Kak Yan sekarang nie sebab aunty pernah lalui perasaan tertekan macam tue.. Lagi-lagi la kalau kita dikelilingi dengan orang yang bijak pandai nie kan.. Masa tu la kita rasa rendah diri, kita dah malukan parents kita dengan keputusan kita yang tak seberapa tue.. Masa tue la kita rasa down, macam nak putus asa jer dalam hidup nie..

Buat masa nie hanya Kak Yan jer yang boleh bantu Kak Yan untuk bangkit semula.. Bukan masanya sekarang nak bandingkan result Kak Yan dengan orang lain yang lebih baik dari Kak Yan.. Kita boleh ambil iktibar dari kejayaan orang lain dan beri motivasi kepada diri kita untuk lebih maju lagie.. SPM bukanlah penentu kita seorang yang berjaya atau seorang yang gagal dalam hidup.. Kak Yan memang sedar tindakan Kak Yan boleh memberi impak kepada kedua-dua orang tua Kak Yan dan juga adik-beradik Kak Yan.. Satu persamaan antara Kak Yan dengan Aunty, kita adalah anak sulung.. Kita dijadikan benchmark untuk adik beradik kita yang lain.. Pemikiran orang lain, once yang sulung macam tue perangai dia, macam tu lah juga yang lain, betul tak?? Buat masa nie, Kak Yan pekakkan telinga jer tentang pandangan-pandangan negatif yang Kak Yan dengar. Bagi Aunty, kita yang tentukan corak hidup kita, bukan orang lain.. Mereka takde hak nak judge kesan tindakan yang kita amik.. Kita kena terima akibat daripada keputusan yang kita amik dengan positif..

So sekarang nie, sekurang-kurangnya umi ada di samping Kak Yan untuk memberi sokongan untuk Kak Yan teruskan perjalanan hidup Kak Yan.. So kalau Kak Yan rasa Kak Yan dah kecewakan orang tersayang, Kak Yan ambil ini sebagai pengajaran, jangan hampakan dorang lagie.. Selalu lah minta nasihat dengan orang yang lebih berpengalaman dan rapat dengan Kak Yan.. Ambil kisah kejayaan dorang sebagai satu cabaran untuk buat sekurang-kurangnya macam dorang or lebih baik dari dorang..

Sekarang nie dah masanya Kak Yan rancang macam mana jalan kehidupan Kak Yan sesuai dengan kemampuan Kak Yan.. Rasanya sekarang nie Kak Yan dah tau apa yang Kak Yan nak sebagai karier kan..?? Kalau belum, Kak Yan amik keputusan SPM tu and take the strongest subject selaras dengan minat Kak Yan.. Kalau pilih kursus kat uni nanti, make sure tu subjek yang Kak Yan paling minat and Kak Yan rasa boleh score.. Kalau dah minat Kak Yan kat kursus tue, senang Kak Yan nak score subjek and for sure tension pun berkurangan.. Sebab Aunty ingat lagi masa kenduri kat umah Kak Yan, abah Kak Yan sendiri cakap dia taknak Kak Yan stop setakat diploma jer kan.. So, Kak Yan kena ambil tahu juga hala tuju Kak Yan lepas diploma nanti.. Of course nak sambung degree Kak Yan kena target pointer yang tinggi tau, bukan setakat yang sedang-sedang jer.. Banyak benefit kalau Kak Yan dapat anugerah dekan (pointer 3.5 ke atas).. Yang penting kalau Kak Yan ada apply loan PTPTN nie, dah dapat anugerah dekan memang konfom tak payah bayar sesen pon lepas study.. BEST kan?? Tak lah jadi macam aunty terkakai nak bayar abis loan tue..

Keputusan Kak Yan tu tak lah teruk sangat, cuma kurang sikit benefit yang Kak Yan nak dapat dengan result macam tue.. Kak Yan fikir jer, tak semua result macam tue in future tak boleh berjaya!! Contoh paling dekat Kak Yan - Umi.. Pelajaran umi tak lah setinggi mana, tapi boleh juga dikatakan usahawan yang berjaya juga kan.. Mungkin prinsip abah Kak Yan tu ada bercanggah sikit dengan kemahuan Kak Yan.. Tapi ini kehidupan Kak Yan, biarlah Kak Yan sendiri yang tentukan.. Pendapat orang lain kita boleh ambil kira BERSESUAIAN dengan kehendak kita juga.. Orang tua kita macam tue sebab dorang dah pernah lalui tue semua sebelum kita, so dorang rasa dorang lebih arif tentang liku-liku hidup nie.. Kita kena ambil kira juga nasihat dorang tau, jangan tolak mentah-mentah.. Dorang sayang dengan kita, tue yang selalu nak ambil tahu.. Masa nie memang tempoh jiwa remaja kita memberontak.. Aunty faham tue.. Semua benda rasa macam tak kena jer.. Nasihat Aunty lagi, nikmati lah zaman muda Kak Yan selagi Kak Yan ada peluang nak enjoy.. Zaman uni memang satu fasa yang SANGAT MENYERONOKKAN!! Tapi takleh lebih-lebih tau.. Sambil-sambil tue kena aim untuk capai cita-cita yang Kak Yan dah tetapkan.. HIDUP NIE KENA ADA MATLAMAT.... Orang kata, tuntutlah ilmu biar sampai ke negara China.. Tak semestinya kita dah dapat result macam nie, masa kat uni pun macam tue juga.. TAK... Sekiranya Kak Yan boleh ambil iktibar dari keputusan SPM nie, trust me, you can do better than others!!

Kak Yan, kitorang sayang Kak Yan.. Yang baik kita contohi, yang buruk kita jadikan tauladan.. Betul ker ayat Aunty tue?? Biasalah dah lama tak buka buku BM.. SPM pun cukup makan juga!! Beza umur Kak Yan dengan Aunty pun tak lah jauh sangat.. Kalau Kak Yan perlukan nasihat atau nak luahkan kesedihan Kak Yan, Aunty always willing to be your ears and shoulder.. Jangan lah tension-tension yer Kak Yan.. Tengok sampai mengundang gastrik ngan migrain..  Macam puteri selalu cakap... KITA ENJOY DULU!!!


KAMPATE KAK YAN!!!!!
SAYANG KAK YAN!!!!!

[Image097_0..jpg]

Friday, April 15, 2011

Undilah yang Layak.. Mummy SOKONG.........

باسم الله الرحمن الرحيم

Hmm.. Dah lama juga la mummy tak buat entry.. Merajuk kat belog nie ker sebab tak femes macam Abg Ben kita tue?? Hehehe.. Takder la.. Mummy skrang nie tengah kumpul source macam mana nak improvekan lagie blog mummy nie.. Mummy nie jenis yang suka meng"observe".. Kalau dah tahu rentak barulah mummy rancak nak mula!!

Haaa... Ni kan musim pilihan raya.. So tajuk blog pun kena la juga penangan musim pilihan raya.. Tapi kali nie mummy x nak kongsi pasal politik sapa yang patut dan sapa tak patut korang pilih.. Hehehe.. Ada la juga berkaitan dengan pasal undi mengundi.. tapi mengundi pasal KAWAN....

Apsal la entri mummy nie semuanya yang serius-serius nie?? Hehehe.. Ntah la, sejak dua menjak nie mummy dah makin membesar dah kot.. Naper? Selama nie masih kecik lagie ker? Bukan dari segi fizikal la, tapi dari segi pemikiran mummy.. Selama 20++ tahun mummy idup dalam dunia nie, dah tempuhi zaman kanak-kanak, alam remaja, percintaan dan alam uni mummy dah kira berjumpa berjenis-jenis manusia.. Ada yang baik, ada yang comel, ensem, kiut. tak kurang juga la sebaliknya.. Nie mummy nak ajar subjek kemanusiaan ker nie?? Huhu.. Ntah la.. Mummy saja nak abiskan masa masukkan jer apa yg terlintas dlm otak mummy sementara tunggu waktu nak balik..

OK, sebut pasal kawan nie.. Ntah la, mummy nie jenis yang boleh kira memilih juga lah.. Kalau saper-saper yang kenal mummy nie boleh tau perangai mummy macam mana.. Peramah?? tak la peramah sangat.. Over?? tak la over sangat.. Kira yang sedang-sedang jer.. So.. Character mummy macam nie memang padan jumpa dengan orang yang peramah, tak banyak mulut tapi seorang yang memahami.. Kalau mummy jumpa dgn orang, mummy always percaya dengan instinct mummy.. Macam mana nak explain yer?? Hmm.. Macam kalau kita dekat dengan orang tue boleh tau aura kita dengan dia ok ker tak ok.. Get it?? Orang-orang biasa kata MASUK TUNE.. Hehehe.. Kalau mummy dah sedar orang tue mummy x leh masuk tune, kalau boleh mummy memang elak sangatlah nak dekat dengan orang tue..

Orang kata, kawan biar ramai, memang betul, tapi ader ker kawan yang leh terima kita seadanya??Ada ker kawan yang berada di samping kita di kala senang dan susah??

Kawan kita ramai, tapi best fren memang susah nak jumpa.. Kawan yang boleh share susah senang kita dengan dia, terima kita seadanya, orang kata macam dah adik-beradik la.. Kawan yang belum kita nak luahkan apa yang kita nak cakap tapi dia dah boleh baca fikiran kita.. Huhuhu.. Kira saikik gitu la.. Hehehe.. Dalam ramai-ramai kawan mummy tu ada la seorang nie, memang kalau mummy nak luahkan jer apa yang mummy nak kongsi ngan dia, dia memang bleh scan apa yang terlintas di otak mummy.. kadang-kadang memang mummy tabik spring kat dia.. Hehehe.. Nak tau saper?? Jeng Jeng Jeng.. Nie la best best fren mummy..
.
.
.
.
.
.
.

Tak heran pon kan kalau husband kita jadi best fren kita kan?? Hehehe.. Setakat nie dia sorang jer la yang dapat mengenal sapa mummy yang sebenarnya.. Yer la, kalau kita nak rumah tangga kita rukun damai, kena la anggap pasangan kita tue kawan.. Kalau tidak, jadi haru biru ler jawabnya.. Kenal dengan dia nie hampir 3 tahun sebelum kitorang decide nak dirikan masjid.. Dia sangat-sangatlah memahami, bertanggunjawab, penyayang, TAK ROMANTIK (still mummy sayang bha), hensem, memang best boyfren mummy la!!
LOVE YOU DADDY!!

Kalau girlfren mummy saper pula yer?? Hmmm.. Buat masa nie mummy ader dua orang jer.. Dorang nie memang susah senang mummy dorang jer yang tahu menahu sangat.. Kitorang kenal pun sejak mummy study kat UiTM dulo-dulo.. Ada satu entry yang pernah mummy citer (Link SINI) tu pun mummy citer pasal dorang juga la.. Masa tu kitorang dah kenal satu semester dah pastu teruslah kami rapat sampai sekarang.. Sorang tu dah kahwin dua anak dah.. Sekarang nie dia stay jauh dok N9 ikut husband dia.. Nie la gambar recent dia..
.
.
.


Kitorang memang dari dulu tau dah perangai masing-masing... Aper tak, 5 semester kitorang dok sebilik.. Walaupun dia nie pangkat kakak tapi nampak dia seumur jer dgn mummy.. Lasak dia nie dulu macam tomboy tapi skrang dah jadi ibu mithali dah.. AMIN.. Hehehe.. Tabik dia cara dia jaga anak-anak dia.. Sanggup berabis tuk anak2 dia..Memang tak sangka dia nie dulu takut nak goreng ikan konon takut kena percikan minyak panas last-last skarang nie dah lebih expert dari mummy memasak.. Rindu sangat-sangat kat dia.. Bulan 6 nie dia mai KK nak akikah anak kedua dia kat KK.. Konfom la jumpa nie memang sehari tue bercerita memang tak henti punya la!!
Ha.. kalau nak cerita pasal kitorang nie memang xder fullstopnyer.. Hehehe.. Sama la juga kalau mummy kalau dah bertandang ke rumah dia kat sini, x kira la nak cerita dengan mummy dia ker(merangkap mak angkat mummy), kakak dia ker memang tak pernak sekejap punya.. Mesti cerita meleret dari hal anak, rumah tangga sampai la hal dunia.. Hehehe.. Tak pernak habis cerita kalau kitorang jumpa.. Sama juga dengan yang sorang nie....
.
.
.

Dia nie pula sekampung mummy.. Dia pun best fren mummy juga la.. Masa mummy kenal dengan dia nie roomate dia sorang nie panggil dia "ibu' sebab perwatakan dia nampak sangat macam orang tua, dengan T-Shirt besar dia, dengan kain sarung dia.. Hehehe.. Mummy suka kawan dengan dia nie sebab kalau kitorang jumpa pun memang xder ending kalau dah mula story..Hehehe.. Mummy masih ingat lagi tang masa dia minat kat sorang mamat nie, kalau bolah rewind dia citer macam mana dia minat giler kat mamat tue memang sebijik jer jalan citer dia.. Hampir stiap perkataan tu hampir tak tertinggal atau terlebih.. Kalau bab nak mengingat benda lain, sekali pusing jer memang dia dah lupa, tapi pasal mamat nie memang dia ingat berabis la!! Kalau nak novelkan citer cinta dia nie memang meletup beb!! Mummy memang respect sangat lah dia nie sebab dia dari remaja lagie ringan tulang tolong family dia jaga kantin.. Tak ingat penat dia sakit dia memang dia la harapan kuarga.. Skarang nie dah jadi tauke minyak dengan kambing yang berjaya.. Hehehe.. Mummy minta maap sangat-sangat kat dia sebab masa dia kwen baru-baru nie x dapat attend sebab hal-hal yang tidak dapat dielakkan.. Mummy doakan dia bahagia dengan pasangan hidup dia dan semoga persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila..!!
 .
.
.


Prinsip mummy kalau kita nak berkawan biarlah ikhlas.. Bukan sebab dia kaya ker atau atas ada kepentingan.. BUKAN.. Tapi atas sebab kita jujur nak menjalin silaturahim dengan dia.. Mummy sorang yang percaya dengan naluri mummy.. Kalau mummy tak suka perangai orang tue memang mummy tak suka la.. Takkan nak paksa suka kat orang kan?? Mummy bukan jenis kawan yang suka canang keburukan dengan orang lain.. Ada orang tue kalau kat depan kita dia buat innocent jer, suka jer kawan dengan kita.. Tapi belakang kita mengata berabis kawan tue macam nie la macam tue la.. Kalau pun mummy tak suka dengan orang tue mummy bukan jenis yang suka jual perihal buruk dia kat orang lain nak nampakkan mummy nie perfect jer.. Mummy bukan jenis yang pandai bermadah bak pujangga, berbahasa bak penyair yang guna bahasa-bahasa dalam makna nie.. Hehehe.. Kalau tak suka mummy pun x cakap depan-depan.. Just avoid being close untuk mengelak discomfort and perasaan yang janggal.. Mummy tahu kelemahan mummy..  Takder manusia yang sempurna melainkan-Nya.. Sunnah nabi juga supaya kita tutup aib orang kan..

Ehhh??? Mummy keluar tajuk ker nie?? Kata nak UNDI.. Hehehe... Yer la, kita undi kawan untuk kebaikan.. Sama la juga kita pilih parti yang boleh memajukan rakyatnya kan?? Yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T.. Yang buruk tue datang nya dari diri mummy sendiri.. Setiap hari mummy akan mengingatkan diri mummy untuk bersyukur dengan rahmat yang diberi dan peluang untuk hidup sehari lagie.. Sama-sama la kita bermuhasabah diri yer..

Dalam hati: Aduh... Skema nya aku ari nie...

Wassalam...

Wednesday, April 13, 2011

Dayana AZ dan MiszyDian LUCKY DRAW!


Mummy nak join lucky draw juga!!
Syarat-syaratnya:

1.terrbuka buat followeMiszy Dian dan Dayana AZ .. means kena FOLLOW :) 
2. buat satu entrI pasal lucky draw and letak tajuk 'Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW! ' 
3. letak banner lucky draw kat entrI, dan linkkan ke entri ini.  
4. tag 3 orang blogger and make sure mereka tahu :)  
5. hantar nama dan link kamu di bahagian comment ENTRI Miszy Dian sahaja :)

So mummy nak invite kengkawan mummy:



Ramai-ramai kita meriahkan dunia belog yer!! 

Good Luck to me!!




Tuesday, April 12, 2011

Tak Boleh Mengeluh..................

Salam Semuanyer..........
 
Dah beberapa hari meninggalkan blog nie sangat-sangat lah merindukannyer.... Betul ker nie????????  Well.. Beberapa ari nie mummy sebenarnya balik kampung.. Tujuan sebenarnya mummy nak menjemput pulang kerabat sorang nie..
.
.
Yo!! Whatzzupp mummy!!
.
.

 Tersangat-sangat merindui kenakalannya dan kebingitan dia kat umah nie.. Sepanjang 3 hari spent time kat kampung memang rilek sikit la.. At least kurang sikit kepala nie dengan masalah duniawi.. Skejap jer.. Tapi dalam rilek-rilek tue ader juga terfikir agak2 nyer baper banyak la entri-entri tertangguh yang bakal mummy baca pas balik nanti nie kan.. ada ratusan juga la kan?? Agak tepat juga la sangkaan mummy dan top list yang rajin buat entri kompom la c Abg Ben kita!!

Masa perjalanan nak balik kampung nie sangat-sangat la mencabar.. Dengan jalan yang berlopak and keadaan c adik yang demam sejak sehari sebelum perjalanan tu memang sangat memenatkan fizikal.. Tapi setelah memikirkan wajah comel yang bakal mummy jumpa mummy nasihatkan jer che driver kita supaya bertahan lagie 10 jam perjalanan untuk bertemu anakanda tercinta kitorang.. Alhamdulillah selamat juga la kitorang sampai ke destinasi.. Memang luar biasa, perjalanan kitorang kali nie amik masa 13 JAM dari yang biasa.. Nampak dari jauh dah nampak kelibat c kakak kat luar.. Hampir sebulan juga la mummy menitip c kakak di bawah jagaan nenek dia kat kampung.. Happy juga la masa sentuh kulit dia yang telah mulus setelah berubatkan kunyit hidup dengan daun peria hampir seminggu oleh onyang dia.. Tak nampak dah kesan2 allergik dia.. Tapi nenek dia kata alergik dia tue datang-datang juga.. Ikut musim katanya.. Hmmm.. Masa tu la nenek dia suggest supaya tak bawa lagie balik ke KK sebab penyakit dia tue takut datang lagie kalau tak maintain kena ubat.. Lagi-lagie la sekarang nie mummy xder maid nak jaga kat umah.. At least kalau kat kampung senang nak pantau.. C adik pun mummy dah start daftar kat taska seminggu dah.. C adik tu ari ketiga dah demam plak.. 

Nak dijadikan cerita pasal demam c adik nie.. Tengah-tengah melayan kerinduan dengan c kakak nie, c adik pun pandai juga mencari perhatian.. Demam dia x kebah-kebah lagie.. Makin tinggi lagi ada.. Tu yang buat mummy nak jalan-jalan ke mana-mana pun rasa terbantut jer.. Rela lagie mummy duk kat umah malas nak terukkan demam c adik lagie.. Nie bukan pertama kali dah adik nie demam.. Memang SETIAP BULAN dia demam paling kurang sekali.. Ader la petua nenek dia kata suruh "jual" jer adik nie.. Haaaa??? Jual?? Nie kes permerdagangan manusia ker??? Hehehe.. Xder la.. Istilah orang tua-tua konon darah mummy dia x ngam dengan anak dia nie tu yang selalu sakit, so cara dia konon nak tipu penyakit tu kita jual anak tu kat orang len.. Kebetulan ader macik mummy kat situ so dia konon la "beli" c adik nie dengan harga dua poh sen... YA.... DUA PULUH SEN SAHAJA.... Hehehe.. Dia cakap kena simpan duit tue, lepas 5 tahun nanti kena ingat beli balik c adik nie dengan memulangkan syiling dua poh sen tue.. Hehehe.. Mummy ikot jer bulat-bulat.. Bukannya soal percaya ker tak percaya.. Kita kena la cari ikhtiar kan, mana la tau menjadi.. Pelik juga adat orang dulu-dulu nie kan??

Tak habis lagie citer pasal c adik nie.. Yang merisaukan c adik nie demam dia berlanjutan selama mummy kat kampung dua hari dah.. Masa malam kedua tue, atuk dia tegur naper ader ruam kat muka dia.. Mummy pun selamba la bgtau dengan atuk dia kata tu ruam susu sebab adik dah memang ader ruam susu baper lama dah.. Tapi pelik juga mummy tengok ruam dia sebab ruam dia sampai ke kepala dia.. Biasanya xder la sampai ke rambut dia.. Dalam hati mummy nie memang risau dah sebab mummy macam saspek adik nie kena chicken pox.. Tapi mummy taknak terlebih risau takut nanti terover mummy pun ikut demam juga nanti.. Mummy pun follow up keadaan c adik keesokan harinya iaitu hari mummy nak berangkat balik ke KK...

Keesokan harinya sangkaan mummy memang tepat.. Semalaman c adik tak leh tidur akibat miang ruam dia tue.. Mummy pun dengan sabarnya melayan jer la kerenah dia.. Pagi-pagi jer mummy suluh kat satu badan dia mummy dah nampak dah tanda-tanda ruam kat punggung dia, perut, kaki and tangan dia.. C nenek pun check la nadi kat tapak tangan dia.. Dia kata memang positif demam campak nie.. Niat dalam hati kalau boleh mummy taknak balik dulu nie sebab risau dengan c adik kalau-kalau dia meragam masa 10 jam perjalanan nanti.. Kalau mummy takder komitmen lain memang mummy nak stay jer kat kampung.. Nak wat camana kan utang masih melambak lagie kena bayo.. Mummy tawakkal jer redah perjalanan balik KK..

Boleh tahan juga sekejap perjalanan balik nie.. Kena lagie ada tanah runtuh on the way nak balik tue lagi la memakan masa yang lama.. Tengah tunggu queue kitorang nak lalu kawasan tanah runtuh tue mummy pun sempat la shot ruam dia..
.
.
Yang disangkakan ruam susu..

Kat badan dia dah nampak tompok-tompok merah

Keadaan queue kat kawasan tanah runtuh.. Ada beberapa tempat juga runtuh sejak musim hujan melanda x henti-henti nie..
Sampai jer kitorang kat KK terus kitorang ke klinik and doktor cakap most likely adik nie kena chicken pox.. Doktor bagi jer ubat sapu dengan ubat demam in case suhu badan dia naik.. Doktor pesan kalau demam dia tinggi and dia x aktif kurang minum susu dia suruh mummy refer kat hospital.. So far adik tak macam tue.. Hari nie mummy tak masuk kerja sebab migrain yang melanda memantau c adik yang tak henti-henti merengek.. Huhuhu.. Pantang sikit jer mummy nie kurang tidur mesti migrain.. Buat masa nie tompok-tompok merah dia nie tak la menjadi bijian yang ada cecair kat dalam yang biasa kita nampak kat badan orang yang kena chicken pox nie.. Mummy pun belum sapu ubat aper-aper lagie nie.. Mummy ingat pasnie mummy nak kuar jap nak belikan dia kelapa parut nak sapu santan kat muka dia nak kurangkan ruam dia.. Nie petua yang mummy dapat kat FB and nenek dia pun suggest guna santan sapu kat muka dia juga nak kurangkan spreading ruam kat muka dia tue.. Mummy nak sapu santan bukan apa, sebab tangan c adik nie dah tak pandai duk diam dah, dia dah pandai garu dah tempat yang miang.. So, kalau sapu dengan cream takut nanti dia termakan ubat tue.. At least santan tue tak lah beracun kan.. Leh juga dia sihat termakan lemak santan tue.. Hehehe.. 

Mummy anggap nie semua dugaan dari yang Maha Kuasa.. Mummy kena kuat.. Mummy harapan anak-anak mummy.. Korang doa-doalkan lah yer supaya anak-anak mummy nie sihat seperti sedia kala...
 
Miss My BUCUK!!





AMIN....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...