KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, June 6, 2011

Motivasi

Bismillahirrahmanirahim

Memetik dari sebuah blog, sangat-sangat lah bermanfaat untuk dikongsi bersama.. Petikan dari pakar motivasi termahsyur, Dr. Fadhilah Kamsah, semoga kita jadikan amalan... AMIN.


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
 
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air:

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak:

Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar an ak (atau baby) tidur
mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri:

Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :- 

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Wallahualam. 

Thursday, June 2, 2011

Mana satu pilihanmu?

Manusia........
Mana satu pilihanmu?
Lelaki mahupun perempuan 
Baik atau yang buruk
Hitam atau yang putih
Dunia ataupun akhirat
Dosa ataupun pahala
Yang Kecil atau yang Besar

Ingatlah....
Dunia ini sementara
Yang kekal cuma akhirat
Nyawa sebagai pinjaman
Keputusan menjadi taruhan
Hidup hanya sekali
Alam Barzakh kekal selamanya............

Wallahualam..........

Monday, May 9, 2011

Mummy merajuk dengan BLOG!!

باسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama mummy menyepi dengan blog nie kan?? Merajuk ker??? Hehehe.. Kewujudan mummy tetap ader, cuma buat masa nie mummy lebih gemar blogwalking dari membuat entry.. Mummy sibuk dengan kehidupan realiti nie.. Biasa lah, sebagai seorang ibu, seorang isteri, dan seorang yang menurut perintah kan.. tak juga la mummy nak merajuk ker aper.. Sebab wat masa nie xder lagie citer besh yang mummy nak kongsi kat blog nie.. Tau la, kat blog nie bukan semua benda kita leh kongsi kat sini.. Begitu juga la kat Facebook, Twitter ker.. Mummy dah rasa dulu macam mana dek kerana kelancaran (bukan kelancangan k) mummy nak post something kat wall boleh disalahertikan oleh segelintir pihak.. So kalau boleh mummy taknak pisang berbuah dua kali.. 

Mesti korang  kater, saper yang makan cili, dia la yang rasa pedas kan.. Hehehe.. Betul tu memang betul.. Tapi kalau ader pihak yang ader sixth sense nie payah sikit.. Orang jenis macam nie fikiran dier advance sangat.. Over pun ader.. Malaysia nie negara yang bebas memberikan pendapat.. So xder kekangan melainkan kita sentuh pasal isu2 sensitif negara.. Silap-silap kena soal siasat ISA.. Huuhuh.. Ngeri tau!!

Mummy rasa macam nak wujudkan balik jer buku diari.. Dulu masa kat skolah rendah mummy ader diari, tapi wat separuh jalan jer.. Kat mana diari tu pun mummy xtau dah.. Pernah geledah kat kampung tapi mak kata maybe nenek dah bakar kot.. Mak kata nenek pernah buat operasi pembakaran terbuka kat umah dulu.. Tujuan penting adalah untuk membersihkan ruang bilik kami yang penuh dengan buku dari kitorang skolah rendah smpai la kat U.. Imagine jer kami yang masih studi time tu ader 5 orang.. Buku mummy masa tu paling banyak la, next tu adik mummy yg tiga orang tue.. kalau compile buku teks, latihan, kertas kajang tue, boleh dikatakan satu bilik stor leh penuh.. Yang nenek tau asal bilik tue kemas jer.. nak buat aper dgn buku-buku tue kan?? Takkan la nak bagi dier baca ABC kot?? Mummy balik jer kampung tgk2 bilik kitorang dah kemas semacam jer.. Rupanya bilik kitorang dah kena serbu ala-ala Deco bersama Eric gitu.. NIe sejarah ntah braper tahun yang lepas dah... 

Sebenarnya mummy kepingin sangat nak ader diari nie bukan aper.. Mummy dah nampak dah kekurangan yang ader kat dlm dunia IT nie.. Privasi idup kita x leh sewenang-wenangnya kita nak share kat dalam blog ker, FB ker, Tweet ker.. Dah banyak dah benda-benda negatif contohnya saman menyaman, dari kawan jadi lawan tapi tak kurang juga ader yang leh bertemu jodoh macam artis Zed Zaidi melalui laman sesawang nie.. At least kalau mummy ader buku diari mummy leh luahkan perasaan terbuku mummy yang takleh kita share dengan orang lain.. Kalau korang ader best fren pun tak semua benda kita nak share kan?? Kadang-kadang tue susah juga makan dalam nie.. Kalau ader benda yang kita tak puas hati, kita kena luahkan, takut nanti leh jadi barah.. bukan secara fizikal kita kena barah, maksud mummy leh makan diri kita sendiri.. Contohnya kalau kita marah kat orang tue kita dok pendam jer selama nie.. Tapi sabar pun ada tahap juga, kalau dah sampai tahap maksimum gunung berapi pun leh meletus kan?? At least kalau ada satu saluran yang leh kita luahkan, boleh la ringankan sikit beban kepala kita nie.. 

Mummy wonder la macam mana la pekerjaan sebagai psikiatrist nie yer?? Kerja dorang hari-hari dengar masalah orang jer.. Macam mana la dorang simpan masalah-masalah client dorang yer??? Tak ker hidup dorang dibebani dengan masalah jer?? Silap hari bulan dorang pula yang jadi setengah tiang.. Huh!! Mencabar juga kerja macam tu kan?? Kalau mummy cukup lah dengan masalah-masalah yang ader skarang nie.. Tak tertanggung la mummy dengan masalah orang lain.. Buat masa nie mummy lebih banyak bermuhasabah diri.. Mummy cuba nak betulkan sahsiah diri mummy.. Nak jadi seorang ummat-Nya yang taat dan bersabar dengan dugaan yang mendatang.. Doakan mummy cekal yer!!

-AMIN-

Wasalam..

Monday, May 2, 2011

AdOraBLe KAKAK!!


Sangat-sangat lah teruja masa mummy tengok gambar album adik sorang nie kat FB, terima kasih sangat-sangat lah sebab sudi mengajak c kakak bercuti-cutian kat Tawau.. Huhuhu.. Mummy terharu sangat-sangat!! Macam nak terbang jer sekarang nak peluk cium c kakak.. Rindu giler kat kakak.. Rasa x sabar pula nak jumpa dia sebelum hujung bulan nie.. Dia kata c kakak masa pegi ikut pacik dgn bakal macik dia jalan-jalan, dia guai-guai jer *maksud dlm bahasa baik jer*... Xder nakal-nakal.. Yang penting kena juga la tempat yang dorang bawa tue.. Mummy pun dah lama x pegi.. Nama tempat tu Bukit TV.. Memang saper anak jati Tawau memang tahu sangat la tempat dia kat mana.. Ader tempat main-main, ader mini zoo, tasik.. Seronok juga la.. Yang mummy lucu dengar masa dorang bagitau kat mummy masa  dorang kat restoran makan tu c kakak konon nak tolong pungutkan nasi yang bersepah kat lantai restoran tue, maybe ingat restoran tu dah macam rumah dia kot tu yang c kakak nak tolong kemas tue.. Maysarah Maysarah.. Rajin macam mummy dier la!! Hehehe... Anak dara dah anak mummy nie kan.. Sob sob... 

Enjoy jer la c kakak kena bawa jalan-jalan dengan pacik macik dia.. Memang sesuai sangat lah dorang nie jadi mak bapa budak.. Kalau dapat layan c kakak yang orang kata good gurl tapi mummy kater nakal tu, memang leh dah jadi bakal suami isteri terbaik wok!!

Tunggu kepulangan mummy hujung bulan nie yer kakak.. 

MISS YOU SO MUCHHHH!!!!

Saper yang rasa-rasa anak dara mummy nie tomei, sila-sila vote dia kat page nie yer.. Simple jer.. just tekan like jer kat page nie and vote pic c kakak dengan tekan "LIKE" kat pic dia k..

Thank you...

Thursday, April 28, 2011

PERUBAHAN SELEPAS ADA BLOG (Episod 1)

Kita masuk terus ke dalam isi tanpa permulaan perenggan yer (takut nanti meleret panjang x masuk isi lagie) -.-'

1. INSOMNIA

Baik ker buruk yer?? Hehehe.. Sendiri mau ingat lah.. Masa first2 mummy x banyak entry masa tu mummy belum start kerja lagie.. Masa tu masih cuti bersalin lagie.. So waktu-waktu terluang sementara c adik tengah tidur tu mummy pun seronok jer layan blog.. Nak masukkan entry yang syok giler (konon jer).. Sampai malam dah baring dok atas katil pun masih dok pikiaq aper yang nak tulis kat dalam blog.. Nak jer tgh2 malam tu nak bawa masuk lappy kat dalam bilik nak sambung tulis takut x ingat idea.. Last-last apa yang mummy tulis lain dari yang mummy fikir semalaman..  Tu lah kesan paling ketara yang mummy alami setelah menceburi bidang maya nie.. Jangan contohi perangai mummy nie k, bek korang isikan masa berangan korang tu dengan sembahyang istikarah lagi baik.. Tapi sejak dua menjak dah kerja nie dah xder masa sangat nak berangan lebih-lebih.. Time kerja layan kerja ofis, balik jer maner nak kemas umah, nak masak, basuh kain, prepare barang2 taska adik lagie (baru adik jer, c kakak bulan 6 dah balik ke pangkuan mummy dah tambah kerja mummy lagie nak layan kerenah dia lagie).. Kira kalau ada masa terluang barulah mummy cuba buka gmail reader nak tengok perkembangan kengkawan.. Ader jer masa free kat ofis ker kat umah baru lah mummy dok pikiaq entry aper nak masuk.. dah serik dah malam tak cukup tidur migrain akan bertandang dengan cepatnya.. Natijahnya semua kerja tangguh.. Korang jangan nak tipu kater korang x alami benda yang sama okey!!

2. RAJIN BEREKSPERIMEN

Setelah men"follow" beberapa blog yang kaya dengan menu-menu menggiurkan macam blog Cik Mat Gebu, Kak Jee dengan Kak Nieza, and banyak lagie lah.. Secara tak langsung memberi mummy motivasi nak cuba resepi dorang tak pun nak cuba cipta resepi sendiri. Kalau dulu boleh dikatakan masa kerja Isnin - Jumaat tu leh kira la dalam sekali dua jer mummy masak dinner tak pun ipar yang kekadang kat umah yang tolong masak... Pagi dengan tengah hari dah skip ler sebab masa tu kat ofis lagie.. Ujung minggu pula biasanya bangun lambat, breakfast memang dah gabung lunch skali  A.K.A BRUNCH ler.. Mummy tak lah cakap sejak join blog dorang nie setiap hari dah mummy masak, sekurang-kurangnya kalau mummy dengan daddy ader jer kat rumah tue memang ader jer idea-idea baru mummy nak experimen kalau sedap tu ingat mummy nak share kat blog.. Tapi naper sampai sekarang korang tak nampak lagie kan aper-aper entry masakan mummy.. Hehehe.. Mummy ader letakkan syarat untuk diri mummy.. Dengan syarat daddy kater MABELES.. Camana nak tahu?? Hehehe.. Biasanya kalau daddy dah start makan tue, kalau menu tu sedap tak yah mummy tanya memang dia akan geleng kepala, tapi bukan tanda tak sedap, tapi mabeles katanyer.. Heheh.. Kalau macam tu tandanya memang sedap tahap A la kata orang.. Tapi kalau dia makan diam jer, bukan tak sedap, sedap cuma biasa-biasa jer.. Kalau daddy dah diam tue, mummy dah agak ada yang tak kena so mummy tanya la sedap ker tak, biasanya daddy kata ok-ok jer.. Pastu dia mesti tambah komen lepas tu sama ada terkurang rasa terlebih masin ker.. Buat masa nie daddy belum bagi geleng kepala lagie.. So that's mean belum lagie kena approve ler nak share kat blog lagie.. So kena rajin lagie ler nak bereksperimen..


3. KURANG BERGOSIP

Kalau kira dulu-dulu masa ader geng kat ofis nie, ader jer masa terluang mesti mummy dok meja segi empat kat pantri tue memulakan meeting pagi nak bergosip dari rumah smpai lah cerita dunia.. Semuanya nak dikorek.. Tapi masa tu takleh lama-lama sebab bos mummy masa tu strict giler.. Lepas geng-geng keras dah berpindah randah, yang mengganti pula x sebest suasana dulu.. Ader juga masa luang dengan dorang tapi mummy lebih selesa dengan geng dulu-dulu yang boleh dikatakan setiakawan.. So masa gosip kat pantri dah makin berkurang ler jawapnyer.. Bertambah lagie facebook dengan tweeter plak kena block pada masa-masa tertentu.. Lagi lah memboringkan mummy.. Kalau dulu masa terluang dihabiskan dengan membaca longgokan majalah yang mummy order dari kedai aunty kat minimarket tingkat bawah ofis mummy nie.. Selepas dah mengaktifkan semula blog mummy yang dah lama tidur konon nak promote balik pelancongan abang ipar mummy, mulalah idea mummy nak create blog mummy sendiri nak buat coretan diari alam maya gitu... Hehehe.. At least dosa nak mengumpat berkurangan juga la kan.. Bolehlah mummy isi masa terluang kumpul resepi nak cuba kat umah, tak pun blogwalking kat blog yang mummy follow.. 

(Episod Kedua Menyusul kalau mummy free k, sebab petang nie c adik ader appointment klinik)

Tungguuuuuuuuuuuuuu...............



Monday, April 25, 2011

EKOR DI BAHAGIAN HADAPAN?

Hehehe... Lepas entry heavy mummy sebelum nie, meh kita ringankan otak jap nak kurangkan kekalutan jap... 

*AMARAN KERAS:BUDAK BAWAH UMAH eh silap, BAWAH UMUR TAKLEH BACA!!*

Suatu hari kat dalam hutan.......

Monyet: Tarzan, kenapa engkau sorang jer yang pakai cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ker?

Tarzan: Tak ada apalah!

Monyet: Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?

Tarzan: Aku kata tak ada, tak ada lah!

Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. Jadi dia pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel rahsia Tarzan.

Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia (itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok saja keadaan Tarzan yang berbogel tue, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.

Monyet: Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan............




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...