KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, April 25, 2011

Antara Diploma dan STPM???????

باسم الله الرحمن الرحيم

Persoalan nie tetiba jer keluar dalam otak mummy tatkala menjenguk-jenguk kot-kot ada kosong kat gomen nie.. Benda nie sensitif tak la sensitif sangat.. Cuma bagi mummy tak kefairan tue ader.. Aper yang mummy dok membebel nie??

Okey, macam nie, kalau sesaper yang berminat nak join gomen nie kalau nak post jawatan level 17 nie wajib kena lulus SPM la.. OK, yang tu mummy no hal.. Cuma kalau nak naik taraf level 27 nie mummy hangin sikit.. Bukan aper.. Kelayakan yang dorang nak tue sama ada STPM ataupun DIPLOMA.. Mummy rasa memang sesaper yang berabis tiga tahun semata-mata nakkan segulung diploma konfom setuju dengan mummy naper dorang SETARAFKAN sijil kitorang dengan STPM nie.. TIGA TAHUN okey nak amik Diploma, belum campur setahun nak amik PRA lagie.. NAK NAK EMPAT TAHUN semata-mata nak amik DIPLOMA SAHAJA.... STPM?????? 1 1/2 TAHUN SAHAJA... HANGIN!!!!!! Kalau nak conclude berapa subjek kena amik masa kat diploma LEBIH BANYAK dari dorang yang amik STPM wokey!! Kalau dah tau taraf dorang nie samer jer dengan STPM, bek tak yah wujudkan kursus diploma, PRA lagie la tak yah, wajibkan jer STPM, lepas amik jer terus pilih sama ada nak terus kerja ker atau sambung degree... Payah-payah nyer kitorang nak amik masa tiga tahun tapi belum tahu lagie sijil tue leh guna masa interview nanti...

Mummy emo sangat pasal benda nie bukan aper, mummy sendiri pun dah mengalami nasib yang lebih kurang samer dengan golongan beribu-ribu graduan diploma yang masih tidak berpuas hati dengan kelayakan pengambilan gomen nie.. Yer la, kalau saper-saper yang dok kerja gomen nie stakat lulusan diploma nie memang tak kena pandang punya la.. Pemikiran dorang, ala, setakat diploma jer, sama jer dengan STPM.. And belum tau lagie sijil nie leh kena pakai okey!!! Naper??? Sebab x memenuhi kriteria jawatan.. Contohnyer?? 

SITUASI 1:

Okey, let say la budak tue lepasan diploma kursus A and jawatan yang dia pohon tue nakkan kursus B atau kelulusan STPM (tak caye korang cuba cari jawatan gomen yang ader jawatan gred 27 ke atas  and 80% bagi option macam tue).. Korang mesti kata logik la kan, sebab aper yang kita belajar tak sama dengan jawatan yang kita mohon.. Mummy terima, tapi apsal plak ayat kelulusan STPM tue kena ader kat belakang tue..?? Lesen STPM nie besar sangat ker?????? Setahu mummy stakat sijil STPM nie yang kita blajar wajib PENGETAHUAN AM jer kan?? Tu pun kita dah blajar sikit-sikit masa subjek Sejarah masa SPM dulu.. Cuma lebih detail jer.. Aper yang belajar Diploma nie xder tamadun ker kalau tak amik pengetahuan am?? Pernah dengar tak istilah ON JOB TRAINING?? Aper guna INDUKSI?? X leh ajar ker lepas dapat jawatan tue?? Apsal plak STPM dikatakan setaraf dengan DIPLOMA??

SITUASI 2:

Contoh kedua pula, pada saper-saper yang ada sijil diploma dengan SPM, bek korang jeruk jer Diploma korang tue.. Naper?? Takat Diploma nie memang dah takder nilai okey.. Naper mummy cakap macam tue?? Okey, ramai kawan mummy yang mummy pernah tanya, boleh dikatakan 80% berkelulusan diploma dapat kerja kat gomen nie guna SPM jer... Yer la, ada juga orang kata, asal dapat gomen pun jadi la.. Tapi awat dorang tahu dorang ader diploma tapi tak apply jer jawatan setaraf kelayakan??? Saper kata xder????? Majoriti apply guna kelayakan tapi HABUK PUN TADAK!! Last-last guna sijil SPM, downgrade mohon gred 17 pula yang kena panggil... Kalau dah masuk kerja nnt baru tunjuk diploma nak minta gaji naik.. Yer la kalau kita cakap kita nie kerja gomen boleh la tak pijak tanah kena puji gaji tinggi banyak elaun... Kejap jer.. Alih-alih dah masuk kerja baru lah tau kalau takat gred 17 jer yang ada diploma tapi tak kena dengan kriteria kelayakan jawatan tak yah mimpi la nakkan gaji setaraf gred 27 yer.. TAPI, kalau ader STPM BOLEH!! -_-" Waaaaa!!!!!!!!! Lagie berdesing la telinga mummy nie lepas dah tau realiti sebenar.. Jangankan yang ader diploma, DEGREE pun belum tau dapat okey!!!! 


So apa pengajaran yang kita dapat kat sini??? Kalau dah standard gomen macam nie, mula-mula bagi sesaper dah pasang angan-angan nak kerja dengan gomen nie masa SPM tue takat luluskan jer subjek BM dah ader peluang dah masuk gomen nie.. Even tak pass SPM pun guna PMR pun leh apply.. Saper-saper yang rasa nak shortcut nak cepat balas jasa mak bapak korang leh la amik STPM jer, stakat lulus jer dah leh dapat gaji setaraf Diploma... Tak yah korang jeruk 3-4 tahun kat uni konon nak tabur bakti kepada bangsa dan negara...  Bek korang fikir 400 kali kalau korang rasa korang nak berenti takat tue jer, leh buang kat tong sampah jer sijil tue... Aper???? Korang ingat senang ker nak amik Diploma?? Dah la syarat SPM ketat nak mampus just nak layak masuk kursus tue, kena peruk lagie 3-4 tahun semata-mata nak dapat sijil bidang khusus tue.. Pas tu bagi sesaper yang nak sambung degree pointer kena la letup giler minimum 2.5, even ada yang wajib 3.0... So what happen dengan yang tercicir?? Apply gomen takleh guna Diploma, tak ker sia-sia 4 tahun kat uni??? Kalau cemerlang mana pun kalau dah kata bidang x sesuai, what's the point in getting high pointer?? X semua yang mampu nak sambung degree okey!!

STPM takper, takat lulus BM masa SPM dah leh sambung STPM, amik jer yang subjek wajib cukupkan kelayakan masuk gomen jer leh dah minta gaji taraf diploma taupun sambung degree... Kalau tak pass maths taupun tak reti nak kira masa guna jam digital pun takper, asal tau bodek masa interview, takpun hulur duit kopi jer dah leh masuk gomen... Dari 4 tahun korang terperuk kat uni nak lulus Diploma, masa 4 tahun tue korang dah lebih separuh jalan dah menuju taraf Degree melalui STPM... Tak pass Degree pun at least korang ader STPM kan??????????????

Harap-harap lah pemimpin kita leh nampak jerih payah kitorang bertungkus lumus demi segulung diploma nie.. Susun semula standard pelajaran kat Malaysia nie.. Mungkin ader yang berpendapat kalau tak dapat gomen, swasta kan ader.. Cuba korang tanya la kaum bumiputera kita, ader baper ramai yang kata taknak kerja gomen??? Maybe ader juga yang tak setuju dgn mummy sebab nak berenti takat STPM jer, nak salahkan orang kita pemikiran sempit... Saper kater kitorang nak berenti takat tue jer?? Tak pernah dengar ker istilah PJJ?? X leh ker kerja sambil belajar?? 

Dengan ledakan dunia IT sekarang nie, remaja sekarang dah lebih celik tentang hala tuju masa depan dorang.. Tak macam zaman mummy dulu-dulu (hek eleh macam la tua sangat ko nie), nak dapatkan typewriter pun payah, nie kan lagie la desktop, handphone pun masa kat uni jer baru merasa, tu pun atas ehsan PTPTN barulah mummy merasa teknologi yang kononnya canggih tue.. Zaman sekarang jangan sebut la, c kakak yang baru 2 tahun jer dah tahu macam mana nak buka lock handphone mummy dgn daddy dia okey!! Heheheh.. Ingat lagie tak model nie???

Seribu kenangan.. Banyak jasa hp nie untuk mummy.. Dia nie juga la mummy dapat merasa pegang hanphone.. 


So antara DIPLOMA dan STPM?? Bak kata Nabil, LU PIKIRLAH SENDIRI!!

Sekian..........

9 comments:

  1. research more about STPM.

    ReplyDelete
  2. Saya bukan nak kata apa? Kalau setakat diploma lepasan kolej pastu pointer setakat>3.0 baik sumbat tong sampah.. Hahaha. Stpm ingat cap ayam ke? Ingat senang ker? berapa ramai yg amik stpm pastu dapat 4.0? Ada lebih 20 tak? Tak kan! Pastu ingat belajar yg senang2 ke? Saya amik akaun stpm.. Takde pon buku rujukan khas utk stpm.. Tak caya boleh cari kedai.. Popular,sinaran,mph dah lain2. Memang tak de. Kita amik stpm ni memang lah sekejap tapi beban di tanggung:
    1)pakai baju sekolah... Budak Diploma berani pakai baju ada lencana sekolah tak?
    2)hari2 org tanya" nape tak masuk university je? Mesti tak layak kan?
    3)kehidupan tak seindah diploma...
    tapi semua ni kena tempuh sebab nak cepat buat deegree, nak cepat kerja balas jasa mak ayah.. Yuran pon tak beban diorang.. Stpm ni cikgu suap kita lagi, stpm ni memang nampak bosan tapi faedah dia lepas habis baru tau apa faedah stpm.. So kepada budak diploma habiskan ptptn anda... Bye nak gi kerja.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. stpm tak semudah yang disangka , tahu tak ? dah tahu sijil stpm diiktiraf oleh jpa kenape tak masuk form 6 dulu ? kenapa masih nak masuk u ? berapa ramai je yang nak masuk form 6 kak . bagi tahu sy kak .

    ReplyDelete
  4. Cantiknya bahasa....allahu belajar kat mana pun tak salah ye cik. Bercakap biar ada ilmu. Cik tau ke susah payah student stpm?? Well i guess u know nothing. Stpm tiada pinjaman macam dip. Struggle sendiri nak beli itu ini. Also 90% marks based on exam. 10% je assigment. No quiz no carry mark just exam yg dibuat oleh lect dari pelbagai uni. Cik...bahasa awak tu pun saya baca macam nak tergeliat anak tekak. Bahasa melambangkan bangsa. Stpm diiktiraf sbg satu exam terbaik di asia. Dip ada kelebihan so begitu juga stpm. Masuk u kalau takat tau melawa je buat apa. Cik.... ke je gov ke swasta ke sama saja. Kalau ada 100 orang mentaliti rakyat malaysia macam awak ni...alamatnya mmg hancur negara. Idk why but pls do more research bout stpm. Rezeki masing2. Saya harap cik boleh delete entry yg tak berkualiti ni. U just look stupid stating all those things... pls delete.

    ReplyDelete
  5. Dunia mmg xde keadilan, sabar jela

    ReplyDelete
  6. Sebab aq pikir mak ayah aq x mampu sokong aq belajar U and x de duit nak support lebih baik aq ambik stpm...org bodo je ambik diploma kat u habiskan masa dgn duit semata-mata ambik diploma...nak kan nama UNIVERSITY...kalau org tanya lepas spm pegi mana nanti bole jawab dpt belajar kat UNIVERSITY kannnnn??????kau tengok cina lah...kat sekolah penuh cina ambik stpm,sebab apa....sebab diorang ni cerdik pandai...opps terlebih pulak...byeeeee

    ReplyDelete
  7. Cik . Dalam 100 lebih pelajar stpm , hanya tak sampai belas dapat 3 pointer . Nilai sendiri lah betapa kami struggle dalam masa setahun setengah dgn mengkaji pelbagai buku sbb kami tak ada rujukan. belajar ttg satu dunia .No quiz , carry mark ,.Yang dapat straight A spm belum tentu dapat 3 pointer stpm . Dan ramai budak stpm adalah bdk yg dpt matriks , dip tapi taknak pergi u dlu . mohon mengkaji mengenai stpm sebelum menulis . Stpm adalah peperiksaan ketiga tersusah di asia tenggara .

    ReplyDelete
  8. Cik . Dalam 100 lebih pelajar stpm , hanya tak sampai belas dapat 3 pointer . Nilai sendiri lah betapa kami struggle dalam masa setahun setengah dgn mengkaji pelbagai buku sbb kami tak ada rujukan. belajar ttg satu dunia .No quiz , carry mark ,.Yang dapat straight A spm belum tentu dapat 3 pointer stpm . Dan ramai budak stpm adalah bdk yg dpt matriks , dip tapi taknak pergi u dlu . mohon mengkaji mengenai stpm sebelum menulis . Stpm adalah peperiksaan ketiga tersusah di asia tenggara .

    ReplyDelete
  9. plssss do more research about stpm!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...