KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

Thank You Technology!!!!

First of All,
باسم الله الرحمن الرحيم
Sementara menunggu my hubby balik rumah, just to share with u all macam mana kitorang manage to meet our daughter........ Well, walaupun on screen jer but somehow boleh la mengubat rindu kitorang kat dier... Hehehe.. Semua idea nie bermula masa mummy dengan salah seorang staf ofis mummy mencuba demonstrasi VIDEO CALL guna Yahoo! Messenger a.k.a YM..
.
.
.

Ha.. Ni la technology canggih skarang nie.. Beribu beratus batu jauh pun still can connect with this...
.
.
.

Huhuh.. Mummy pun sebenarnya pernah cuba sekali jer sebelum tue, masa daddy pergi meeting kat KL and we tried video call using YM.. Masa tu guna desktop and daddy testing lappy baru yg ex company dia bagi.. Memang menjadi masa tue.. So balik kepada cerita kitorang plak kat ofis tue, staf mummy yang biasanya mummy panggil Kak Daria minta ajar la macam mana nak guna webcam kat lappy dia.. Mummy pun cuba flashback la macam mana nak guna webcam masa video call dengan Daddy previously... So mummy cuba la tolong c kakak nie.. Sebenarnya tak berapa ingat pun macam mana mummy guna sebelum ni, but cuba punya cuba BERJAYA...!! Hehehe.. Jakun juga masa tue.. Hehehe.. Dia kat meja dia, mummy pula kat meja mummy.. X jauh pun, 2-3 meter jer jauh... Hehehe.. Orang lain kat ofis mesti kutuk berabis kata kitorang nie jakun giler.. Peduli aper aku, dalam hati, ADA KU KESAH??!!
So yesterday apabila teringat peristiwa jakun tue, teringat plak nak cuba webcam dengan c kakak yang nun jauh kat Tawau tue.. But guna webcam lappy saper??? Hummm... Hah!! Guna lappy macik yang tinggal kat depan rumah sana.. Soo kebetulan adik SMS masa tue terus bagitau pasal idea nak video call dengan c kakak guna YM.. Adik cakap okey, tapi dia dah warning siap-siap, sebab line broadband kat kampung tue ciput jer, takut x leh video call.. Tapi untuk tidak menghampakan mummy yang rindu giler nak tengok muka c kakak, dia turutkan jer and promise cuba sekejap lagie...
Memandangkan kesabaran mummy yang tak boleh tertahan teruslah mummy call dengan adik sorang lagie yang for sure time-time hujung minggu nie mesti lepak kat umah macik depan umah sebab nak pinjam lappy dia nak tengok mangga online.. So tekaan mummy memang betul and mummy tanya la dia c kakak ader ker tak kat sana.. And tekaan mummy juga betul and she was there.. So mummy teruslah meluahkan cadangan nak webcam dengan dia and adik pun tahu macam mana nak apply webcam tu sebab masa mummy first time guna dia ada masa tue.. So dia cakap bagi dia masa sikit nak set up YM kat lappy macik and dia cakap he will try to call me first... Lappy mummy memang takde masalah dah sebab setup YM mummy memang dah sedia masa peristiwa jakun kat ofis sebelum nie.. So mummy pun tunggu la adik online...
Beberapa minit kemudian, adik dah online and seperti dijanjikan dia cuba call lappy mummy.. And mummy pun accept la call dier.. Cubaan pertama x berapa menjadi.. Tak ingat sebab aper (Hadeh, baru jer berlaku kemarin tapi dah tak ingat.. Hmm.. Have to do something with my short term memory..) So, seingat mummy setelah beberapa cubaan baru lah mummy manage to see her online... WAH!!!!!!!!!!! Masa tue memang nak nangis jer apabila mummy dapat tengok muka c kakak (walaupun buffering connection sangatlah annoying yang menyebabkan suara lebih cepat sampai dari imej) yet I am happy to see she's fine and healthy.. Memandangkan terlalu excited sangat and tak sempat nak print screen nak share kat cnie, web goggle jer gambar kitorang ber"webcam" lebih kurang macam nie la...
.
.
.

Ha, amik contoh gambar nie, korang imagine jer yg pompuan tu c kakak and gambar lelaki yang right bottom corner tu mummy.. Lebih kurang macam nie la..
.
.
.
Kitorang tak lah chat lama sangat sebab masa tu dekat sleeping time dah and dia minta pacik a.k.a adik mummy dukung nak balik umah nak tidur dah.. Walaupun tak puas lihat muka dia but I am happy to see her.. At least terubat lah rindu mummy kat dier.. Next time tak payah nak harapkan mak bawa dia kat tempat yang boleh 3G call (sebab kat kampung xder 3G, so kena go town baru boleh 3G call)... Memandangkan percubaan pertama mummy webcam dengan c kakak berjaya and daddy pula xder masa tue, so when daddy balik umah nanti, mummy nak bagi jeles kat daddy pasal kejadian tadi and he was jealous.. So, mummy ingat hari nie mummy nak cuba pula masa daddy ada kat umah...
Siang tadi Daddy xder kat umah, petang baru daddy baru balik umah.. Petang tue tak tau macam mana boleh terlupa and mummy pun sibuk juga prepare dinner and boleh-boleh pula lepas dinner tue mummy terkhusyuk nonton Mentor kat TV3 tue pula.. Tengah-tengah nonton tue terus TERingat kat c kakak... Terus la mummy terkapai-kapai buka lappy and tengok jam kat dinding tue dah pukul 9 lebih nie.. Ntah-ntah c kakak dah tidur dah, dalam hati mummy... Sebab kemarin tu dekat pukul 8 c kakak dah minta antar balik umah nak tidur dah.. So mummy pun double check kat mak tanya dia dah tidur ka belum.. So mummy cakap belum tidur lagie.. So mummy pun minta tolong kat adik hantar dia kat umah macik nak webcam dengan dia, alasan konon nak bagi daddy dia "jumpa" dia pula.. So dengan beberapa cubaan we all manage to video call.. And masa dia nampak muka daddy dia kat webcam terus dia panggil "DADA!! DADA!! DADA!!" (panggilan c kakak untuk daddy dia walaupun dah beberapa kali ajar panggil daddy tapi masih juga tak ubah..) yang jelesnya masa webcam semalam c kakak x lah excited sangat macam tadi, dia x pun excited tengok mummy dia semalam.. Huh, memang anak daddy la dia nie.. Untuk tidak menjeleskan mummy, daddy pun suruh c kakak panggil mummy juga.. Hehehe.. Terus c kakak panggil mummy dengan nada yang SWeeeeeTT sangat.. Hehehe... Sempat juga la tengok dia buat aksi tarian lagu Stacy.. Macam biasa mummy nyanyi, c kakak menari... Pastu bagi can pula c Daddy chat dengan dia.. Memang tengok muka c kakak masa tue memang happy sangat dapat tengok mummy, daddy dengan c adik.. Hehehe.. So THANK YOU TECHNOLOGY for make this happen for us!!!
Walaupun speed broadband nie tak la selaju mana, but at least dapat lah mummy nak ubat rindu mummy nak jenguk muka c kakak yang tomei tue.. So esok-esok mummy nak webcam lagie and mummy will try to grab screen supaya mummy dapat tunjuk kat korang macam mana kitorang communicate k!!!
So, daddy baru jer balik and see you tomorrow (Opppss dah pagi dah nie..) Nite nite!!


Friday, March 25, 2011

SHE HAD GROWN UP....

باسم الله الرحمن الرحيم

Last nite I called my mom, tanya dia tentang keberadaan c kakak di sana..Untuk pengetahuan you all, esok dah genap seminggu c kakak berada di Tawau.. My mom bawa dier masa dorng berkunjung ker teratak mummy last week.. So, tanya la dia semalam macam mana la keadaan dier kat sana kan... Well, surprisingly my mom said dia sangat-sangat lah GOOD GURL.. She said no more crying, no more fighting, xda manja-manja sudah.. So happy to hear she's fine there. Penyakit gatal-gatal dia pun sedang berusaha diubat onyang dia... Mom said nenek sapu kunyit hidup, daun peria segar plus bawang putih dengan bawang merah..(dalam hati ni nak ubat ker nak goreng anak aku nie???)...

Kurang cili jer dah boleh buat tumis.....

Hehehehe.. setiap pagi and petang badan dia kena sapu.. Kesian juga dengar my mom said dia nangis sebab x tahan pedih.. Nak meronta-ronta kena tahan EMPAT ORANG supaya ubat tu dpt dorang sapu kat badan dier.. Pastu ader la my mom belikan ubat farmasi nak kurangkan kegaruan dier tue... Cian anak mummy jadi bahan eksperimen jer.. nie la pengorbanan kalau nak cantik kan.. So mom said penyakit dier dah berkurangan.. So hopefully after this no more gatal-gatal lagie kan..??? AMIN...

So further to our conversation, biasanya kalau dia tidur kat kampung tu mesti tidur kat atas katil bilik my mom.. But my mom said skarang nie dia dah xnak tidur kat atas katil dah dengan my mom.. Sanggup dier tidur atas katil ampai kat bwh katil my mom dengan my little sister... And sebagai teman dia tidur tak lepas la criter nie..
POCOYO AND FRIENDS

Sampai dia tidur barulah my mom tutup tv.. Dengar jer macam tu, tetiba jer mata mummy bergenang laju jer air mata mengalir... Masa tu lah kerinduan seorang ibu terhadap anak dier semakin membuak-buak.. Huhuhu.. Masa kat ofis busy jer kerja x la ingat sangat kat dier.. Tapi kalau dah sampai umah mesti teringat kat dia.. Rindu dengan celoteh dgn bingit dier... Pas jer tutup tefon c Daddy plak sibuk menanya napa mummy nangis.. Terus la muka daddy pun berubah macam x percaya anak manja dia skarang dah membesar.. Huhuh.. Terus jer daddy tengok schedule bila kitorang boleh jenguk dia kat kampung.. Belek-belek punya belek memang rasanya dalam 2-3 minggu nie daddy memang sibuk.. Harap-harap ler dia tak sakit sebab rindu kat kitorang..

Well, hopefully dia maintain jer la macam tu pas nie, sebab depan kitorang memang giler punya manja, tapi kalau xder depan kita memang 360 darjah berubah.. Tu lah kekadang kalau mak cakap dia good gurl jer macam rasa tak pecaya pun ada juga.. Kalau boleh nak jer jadi invincible jap nak teropong betul ker dia dah grown up.. Kalau kita takde semua orang cakap dia tue dengar cakap jer... Nak sangat tengok dia punya dengar cakap tu macam mana...

So hopefully masa terdekat nie dapat la kitorang balik kampung nak sangat jumpa anak dara kitorang.. Dah mula merindui sangat-sangat anak dara kitorang tue.. Maksimum la 10 hari kitorang tinggalkan dia, pastu memang dah start mencari dah.. Mummy and Daddy miss this face...........

MY BIG PRINCESSSS............


Monday, March 21, 2011

Entry for US............

باسم الله الرحمن الرحيم



TODAY: 21st March 2011..

Flashed back three years ago, the same date, Friday, it's a Public Holiday (Good Friday), Masjid Terapung Likas menjadi saksi kami telah disatukan..

Nie la Masjid Bandaraya Likas a.k.a Masjid Terapung

Always miss this moment...

Yang tu dah tiga tahun yang lepas.. (Kalau lihat gambar nie masih maintain tampaknyer mummy yer walaupun dah jadi mummy orang.. Hehehe)...Ya Allah, dah TIGA tahun berlalu rupanya.. Macam rasa baru jer semalam mummy bini orang kan?? Hehehehe.. X sedar-sedar ker dah jadi mak orang dah PONN!!!

Nie SMS yang daddy bagi kat mummy: 

"Selamat Ulang Tahun Ke3 sayang.Smoga hubungan ni berkekalan hingga akhir hayat kta... Sy harap slma kta bersama ni syg bahagia sgt2 dgn sy dan 2 cahaya mata yg comel... Apa jua cabaran yg di bri utk kta sy harap kta dpt tempuh dgn sabar.Sy sungguh gbira dgn apa yg sy ada skrg dan akan busaha utk memajukn apa yg da di mulakn ni.X apa yg sy blh cakap selain TERIMA KASI atas apa yg syg bt slma ni dgn kami.I LOVE U SO MUCH MISLIANA"

And this is what I reply to him:

"Terima Kasih sayang... Trima kasih sbb sudi jd teman hidup sayang.. Susah senang syg x pernah tinggalkan sayang.. Sayang bersyukur dpt seorang suami yg bertanggungjawab, penyayang, dan segala kebaikan yang syg curahkan pada syg n anak-anak.. Sayang doakan hubungan kt akan kekal smpai bila-bila(AMIN) dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah(AMIN)..."


Masa trima sms tu memang tengah busy giler kat ofis.. Pas baca jer sms dari suami tercinta, memang terharu giler.. Mata dah bergenang nie.. Hehehe.. Control control... Kerja tinggalkan skejap.. Trus terflash back detik-detik masa berkenalan, masa nikah, pastu kenangan selama tiga tahun kitorang bergelar suami isteri...

Bak kata orang dulu-dulu, (jap, ingat dulu lirik lagu P.Ramlee.....)
"SEDANGKAN LIDAH LAGIE TERGIGIT, INI KAN PULA SUAMI ISTERI"
Walaupun usia perkahwinan kami masih muda, namun kami bersyukur hubungan kami masih kekal dan berpeluang untuk membina keluarga yang bahagia.. Alhamdulillah, selama tiga tahun bersama telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat-sangatlah disayangi dan boleh dikatakan keluarga yang sempurna.. Susah senang kami tetap menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain.. Dialah punca semangat dan tempat mummy nak mengadu dan orang kata shoulder to cry on.. I would prefer to say we are just an ordinary family.. Walaupun kami nie just a small family, we believe one another and always support to each other in whatever we do..

One thing that we have in common is that we are INDEPENDENT.. This is one of the factors that attracts both of us.. Biasa la kan kalau anak yg sulung nie seorang yang berdikari (mummy la).. But masa kenal my husband, he is an independant though he's the youngest in his family.. Dari dulu dia mmg dah diajar macam mana nak survive.. Lepas jer SPM terus merantau kat negeri orang.. Jauh tu jauh la juga (kat Penang).. Zaman dia merantau tu mmg kira jauh la juga (masa tu x silap tahun 1997).. And kat situ juga la dia survive smpai hampir 9 tahun sebelum balik ke kampung halaman.. Hehehe.. Kalau dia x balik sini mmg xder can la mummy nak kenal kat dier.. Masa tu mummy tgh study final year kat UiTM KK.. Dah la memang tahun kritikal kat uni, tapi mmg ader jer masa leh jumpa ngan dia.. Lagi-lagi la duk kat asrama mmg ketat giler kalau nak kuar.. Tapi memandangkan muka nie mmg famous (famous ker??) dengan jawatan yang menggerunkan freshie-freshie kat padang kawad juga among staf-staf kat asrama, mmg senang sangat la nak bodek-bodek pak guard nak outing.. Kalau lewat balik pon xder hal punyer.. (Aiseh!! PADAHAL....) FUhh!! Kalau nak cerita kat sini memang x habis-habis post nie... And memandangkan mata nie pon dah layu-layu and esok nak kerja, so cut short la yer.. Insya Allah, anniversary tahun-tahun akan datang plak lagie kita sambung yer...!! Cewahh, confident jer blog nie leh update, yang nie pon dah lama tak update kan?? Biasalah, alasan standard, BUSY.......

 Hmmm.. Kalau ingat masa zaman-zaman perkenalan tue, mmg sangat- sangat la memorable... Kalau stakat gaduh-gaduh kecil tu memang dah biasa la lumrah dalam hubungan kan.. X kira lah couple ka, dah kwen 10-20 tahun ka, kalau tak pernah gaduh memang mustahil n tipu la kan??? Memang something wrong la kot dalam relationship tue..


Banyak yang telah kami kongsi selama kami berkenal sampailah ke hari ini.. Tanpa dia, x tau la macam mana agaknya future mummy yerk..?? Orang kata kita hidup nie memang gamble tau.. SOOOO, BUAT kawan-kawan yang masih ragu-ragu nak kahwin, jangan lah takut nak kahwin okey.. Enjoy your life as it is.. Sejak kita dilahirkan memang dah tertulis siapa jodoh kita.. So dari kita jer nak go hunting and find who our partner is... It's a matter of your time and your will to find your soulmate.. WELL... I HAD FOUND MINE!!

HAPPY 3rd WEDDING ANNIVERSARY to ME and MY SAYANG!!

Saturday, March 5, 2011

Career Woman.... Episod 2.....

Sambungan..
05.03.2011 Saturday.. Jam pada laptop 11.43am...
Status: Dah mandi, lepas bf c baby, semangkuk maggi laksa dan sebiji apple... Berseorangan di rumah bersama baby yang layan sorang-sorang senyum sorang-sorang....

Kacau la mummy nie.. Orang baru jer nak tidur.. Tgh kita pakai baju pink nie juga la mummy nak bg tunjuk orang..
Nasib ko la nak dpt mummy mcm nie.. Hehehe..Tomei aper..
Yang lain plak dah kuar.. Daddy ada transfer pelancong dari Nexus ke Marina Court.. Pepagi buta tadi dia transfer juga dari KK ke Kinabalu Park..  Macam nie la kerja dia sekarang.. Harap2 la maintain macam nie tiap2 hari.. Ada juga yang masyuk kan.. Ha, yang sorang nie pula mana??


Maysarah:Alahai Mummy, kurun ke braper punya gambar da.. Nie masa kita kat Kinabalu Park on the way balik dari Tawau kan?? Mummy: Kan Maysarah nampak tomei kat sini.. Xkan la mummy nak bg nmpk gmbar x beshh kat sni kan...

C kakak nie pula kat Kinarut.. Mak mertua bawa ke rumah kak ipar bermalam kat sana sampai Ahad nie.. Dah lama dah x berjauhan dgn dia nie.. Rindu plak dgn c nakal sorang nie.. Harap2 la dia x kecohkan umah kak ipar tue.. Sunyi jer rumah dia xder... Bukan aper, xder dah yang nak bagi kita pekik-pekik bagi dgr suara diktator dgn jiran tetangga sbb nak marahkan c kakak nie jer.. .. Relak juga la nak berceloteh kat sini... xder dah yg sibuk nak interframe kita tgh wat keje.. Boleh juga aku siapkan projek hari nie, bisik hati c mummy..

Seperti yang dimention kat post yang lalu, sekarang nie c mummy dah start kerja, so semua jadual berbalik ke jadual sebagai career woman yang alakadar jer.. Wat masa nie, c adik bg biras jaga kat umah dulu.. C kakak nie pula mak mertua nak volunteer jaga plak.. Sementara nie pasal hal jaga dorng time mummy kerja dah settle.. Cuma risau sikit pasal c adik nie.. Yer la... Masa mummy masih cuti lagie asyik bergantung jer dgn mummy, xder selera nak guna botol susu dier.. Mmg perit sgt la nak pujuk dier minum kat botol.. First day kerja tue mmg awal2 dah bagitau kat biras kalau dia xnak susu botol call jer mummy kat ofis.. Harap2 la dier x meragam nnt.. Tengok-tengok kita kol masa kat ofis tu biras kata c adik ok jer.. Baru jer habiskan susu botol 3 auns.. Lagi terkejut dia kata selang sejam nak minta minum susu.. Apap lagie, terkejut beruk la mummy dier.. Masa mummy dier ader kat umah x lah pulak macam tue.. Alhamdulillah, lega la sikit dier nak minum kat botol nie..

Mummy bancuhkan 4 auns tinggal nie jer.. Nie pun lepas kebas susu mummy masih lagi muat 4 auns kat perut dier.. Bottle Tommee Tippee k... For mummys out there, make sure your bottle is BPA free Okey!!
C kakak pula mmg xder masalah, ingat nak hantar jer dia kat taska yang biasa.. Tapi mak mertua kata nak jaga dier.. Kita ok jer.. Nak hantar pun dekat jer.. Lagipun allergik kat badan dier x baik lagie.. So better bagi mak mertua jer la yang jaga...

So hal bebudak nie dah kira settle la.. Sekarang nie bab kerja la plak..Perubahan kat ofis?? Hmmm.. Not much.. Not much to talk about my work... Macam tu juga la.. Skop kerja pun masih yang sama, muka orang pun yang sama juga.. Kitorang ader 6 orang jer kat ofis.. Memang x meriah la.. Dunia yang kecik and not interesting...

Hari pertama and kedua sibuk dengan mengupdate apa yang x update.. Try to catch up what I've missed for the past three month.. Kes pun x banyak yang berubah.. Kan dah kata x byk yang nak dicerikan pasal kerja..

So hopefully rutin nie maintain macam nie jer.. Walaupun membosankan, at least x bagi mummy pening hari-hari macam mana nak arrange family.. Sekarang nie nak fokuskan helping my hubby for his job and to maintain my family financial.. Sekarang nie asyik nak fikir macam mana nak increase financial jer nie.. Tahun nie agak mencabar sikit la sebab hubby dah start kerja sendiri.. So income memang x macam dulu dah.. Aper jer peluang yang boleh bantu dia mummy akan buat.. Pray for us ya...!!!


Wassalam..............


Friday, March 4, 2011

Career Woman.....

باسم الله الرحمن الرحيم

Sementara menunggu husband datang amik kat ofis, sempat lagie la nak update blog nie kejap.. Rindu plak nak berceloteh kat sini.. Hmmm... Bukan apa, takut nanti esok cuti kat umah x sempat nak update blog sbb lappy meragam plak.. Maybe dah penat sgt tgk kita x habis2 dgn blog nie kot.. Hehehe.. Janji aku bahagia.. Dah memang nasib ko la lappy dpt tuan macam nie..

Bercerita kepada kerja nie.. Masuk hari ni dah tiga hari dah start kerja.. Memang rasa x besh la sbb dah lama terkongkong kat umah merehatkan dan membuntalkan lagie badan nie, so rasa rindu sangat nak duk umah lagie...


Sambung len kali yer.. Husband dah call dah sampai Ofis dah..

CaU!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...