KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, May 9, 2011

Mummy merajuk dengan BLOG!!

باسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama mummy menyepi dengan blog nie kan?? Merajuk ker??? Hehehe.. Kewujudan mummy tetap ader, cuma buat masa nie mummy lebih gemar blogwalking dari membuat entry.. Mummy sibuk dengan kehidupan realiti nie.. Biasa lah, sebagai seorang ibu, seorang isteri, dan seorang yang menurut perintah kan.. tak juga la mummy nak merajuk ker aper.. Sebab wat masa nie xder lagie citer besh yang mummy nak kongsi kat blog nie.. Tau la, kat blog nie bukan semua benda kita leh kongsi kat sini.. Begitu juga la kat Facebook, Twitter ker.. Mummy dah rasa dulu macam mana dek kerana kelancaran (bukan kelancangan k) mummy nak post something kat wall boleh disalahertikan oleh segelintir pihak.. So kalau boleh mummy taknak pisang berbuah dua kali.. 

Mesti korang  kater, saper yang makan cili, dia la yang rasa pedas kan.. Hehehe.. Betul tu memang betul.. Tapi kalau ader pihak yang ader sixth sense nie payah sikit.. Orang jenis macam nie fikiran dier advance sangat.. Over pun ader.. Malaysia nie negara yang bebas memberikan pendapat.. So xder kekangan melainkan kita sentuh pasal isu2 sensitif negara.. Silap-silap kena soal siasat ISA.. Huuhuh.. Ngeri tau!!

Mummy rasa macam nak wujudkan balik jer buku diari.. Dulu masa kat skolah rendah mummy ader diari, tapi wat separuh jalan jer.. Kat mana diari tu pun mummy xtau dah.. Pernah geledah kat kampung tapi mak kata maybe nenek dah bakar kot.. Mak kata nenek pernah buat operasi pembakaran terbuka kat umah dulu.. Tujuan penting adalah untuk membersihkan ruang bilik kami yang penuh dengan buku dari kitorang skolah rendah smpai la kat U.. Imagine jer kami yang masih studi time tu ader 5 orang.. Buku mummy masa tu paling banyak la, next tu adik mummy yg tiga orang tue.. kalau compile buku teks, latihan, kertas kajang tue, boleh dikatakan satu bilik stor leh penuh.. Yang nenek tau asal bilik tue kemas jer.. nak buat aper dgn buku-buku tue kan?? Takkan la nak bagi dier baca ABC kot?? Mummy balik jer kampung tgk2 bilik kitorang dah kemas semacam jer.. Rupanya bilik kitorang dah kena serbu ala-ala Deco bersama Eric gitu.. NIe sejarah ntah braper tahun yang lepas dah... 

Sebenarnya mummy kepingin sangat nak ader diari nie bukan aper.. Mummy dah nampak dah kekurangan yang ader kat dlm dunia IT nie.. Privasi idup kita x leh sewenang-wenangnya kita nak share kat dalam blog ker, FB ker, Tweet ker.. Dah banyak dah benda-benda negatif contohnya saman menyaman, dari kawan jadi lawan tapi tak kurang juga ader yang leh bertemu jodoh macam artis Zed Zaidi melalui laman sesawang nie.. At least kalau mummy ader buku diari mummy leh luahkan perasaan terbuku mummy yang takleh kita share dengan orang lain.. Kalau korang ader best fren pun tak semua benda kita nak share kan?? Kadang-kadang tue susah juga makan dalam nie.. Kalau ader benda yang kita tak puas hati, kita kena luahkan, takut nanti leh jadi barah.. bukan secara fizikal kita kena barah, maksud mummy leh makan diri kita sendiri.. Contohnya kalau kita marah kat orang tue kita dok pendam jer selama nie.. Tapi sabar pun ada tahap juga, kalau dah sampai tahap maksimum gunung berapi pun leh meletus kan?? At least kalau ada satu saluran yang leh kita luahkan, boleh la ringankan sikit beban kepala kita nie.. 

Mummy wonder la macam mana la pekerjaan sebagai psikiatrist nie yer?? Kerja dorang hari-hari dengar masalah orang jer.. Macam mana la dorang simpan masalah-masalah client dorang yer??? Tak ker hidup dorang dibebani dengan masalah jer?? Silap hari bulan dorang pula yang jadi setengah tiang.. Huh!! Mencabar juga kerja macam tu kan?? Kalau mummy cukup lah dengan masalah-masalah yang ader skarang nie.. Tak tertanggung la mummy dengan masalah orang lain.. Buat masa nie mummy lebih banyak bermuhasabah diri.. Mummy cuba nak betulkan sahsiah diri mummy.. Nak jadi seorang ummat-Nya yang taat dan bersabar dengan dugaan yang mendatang.. Doakan mummy cekal yer!!

-AMIN-

Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...