KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 14, 2011

Nasihat kepada Sang Suami apabila si Isteri Berbadan DUA....

Assalamualaikum w.b.t

Wah.. Lamanya mummy dah tak jenguk blog yang bersawang nie.. Yer la.. Kan mummy dah kata ari tu mummy merajuk dengan blog kan..??? Takder la.. Sejak dua menjak nie (ekceli dah berbulan-bulan la sebenarnya kan..) mummy dah malai nak mengarang-ngarang nie.. Banyak sebab musabab nya..Tajuk kat atas nie pun ada kaitannya juga la.. Haih... Bila la ada orang nak invent teknologi yang leh scan kepala kita terus link kat komputer x yah dah nak taip-taip nie kan... Malas nak tekan-tekan nie..

Sejak dah tak retired sebentar dalam dunia blog nie, ekceli tak la menyepi cam tu jer, cuma mummy lebih gemar duk baca blog orang jer, ketawa sorang-sorang baca kerenah blogger2 zaman skarang nie kan.. tu pun mummy tengok kat google reader jer... Jenguh nak buka satu2 blog tu nak penuhkan window pastu view satu-satu (lain perkataan "MALAS")... Pastu dengan keadaan mental dan fizikal mummy skrang nie yang memang sangat lah tidak menentu lagi la menyumbangkan penyakit M nie makin menjadi-jadi.. Tak kira nak nak menaip ker, segala macam kerja la memang mummy dah jadi berat tulang dah...

Bagi sesaper yang tak tahu, mummy dah masuk ambang Trimester Kedua dah nie.. Kalau ikut kalendar mummy dah masuk 12 minggu ++ hari (tak ingat baper hari, lagi penyakit M malas nak kira..)... Ha'ah... I'm PREGNANT!! YESS!!AGAIN!! Yer.. cerita basi sebenarnya nie.. Tu lah, sebab lama dah tak singgah skrng nie baru nak kongsi.. Mesti ader yang tanya kan bukan ker anak kedua mummy tu masih kecik lagie?? Hehehe.. Betul nak, anak kedua mummy tue kalau ikut tarikh hari nie dia baru jer masuk 10 bulan xx hari... Dah rezeki Allah nak kurniakan masa terdekat nie so mummy dengan tangan terbuka terima jer.. Dengan kata lain family planning mummy GAGAL.. Wakakakaka.. Padan muka.. Yer la.. Dah macam-macam ubat mummy cuba tapi badan semuanya tolak so harapkan planning sendiri yang tak menjadi nie la.. Agak surprise juga la setelah menerima khabar yang di luar jangkaan nie.. Apa-apa pun mummy yakin dengan qada' dan qadar Allah yang mempunyai hikmah di sebaliknya...

Alamak, lum masuk tajuk lagie nie.. Okey okey... Seperti kandungan pertama dan kedua mummy, lazimnya terdapat simptom-simptom yang biasa dikenali sebagai MORNING SICKNESS.. Antara salah satu "disaster" yang mummy tak berkenan sangat masa preggy nie.. Biasa orang kata gejala "MORNING SICKNESS" nie selalu kena masa pepagi kan.. Tapi teori tu memang sangatlah bercanggah dengan keadaan mummy yang digelar "ALL DAY SICKNESS"..Memang tak kira masa punya la, memang bleh dikatakan sepanjang hari mummy loya-loya dan muntah-muntah... Kebiasaannya, rasa loya-loya mummy nie akan bermula seawal 7-8 minggu kandungan.. Pada keadaan tu mummy memang dah alah dengan segala macam benda.. Salah satu tanggungjawab utama yang terpaksa mummy hentikan seketika adalah MEMASAK.. Memang pantang sangat mummy menjejakkan kaki ke dapur.. Segala macam bau-bauan yang datang dari dapur nie memang mummy alah sangat-sangat.. Sampaikan rumah jiran mummy yang kebetulan buka katering yang dok asyik masak pagi petang siang malam menjadi mangsa sumpah serana mummy tiap-tiap hari.. Padahal masakan dorang tu tak salah sebenarnya, mummy nie jer yang terlebih emo.. Saper suruh berjiran dengan mummy kan... Kan dah kena maki (dalam hati jer, tak brani nak serang depan-depan, kang orang ingat mummy sewel plak)..

So yang menjadi mangsa?? Sang suami dan anak-anak sekalian.. Masa nie la sang suami digalakkan menggandakan kesabaran mereka melayan si isteri yang mempunyai gejala-gejala nie.. Sebenarnya tak semua yang ada simptom nie mengada-ngada cam mummy nie (tul ker??).. Tapi pucuk pangkal nya memang kalau dah ada simptom morning sickness nie, gejala nie la yang akan selalu dialami oleh si ibu mengandung.. Maka, sang suami ceritanya memang akan kurang layanan di atas meja makan la yer?? Kalau mummy memang dah totally stop memasak dan masuk sebulan dah nie.. Cuma yang mampu mummy masak bubur kosong tuk anak-anak mummy jer (kekadang mummy pun tumpang makan skali sebab tu jer yang mampu masuk kat tekak nie).. Tu pun kekadang pun leh muntah juga.. Aper?? Suami kebulur?? Kejamnyer mummy nie.. Takder la sampai macam tu skali.. Suami kita pun ader kaki nak cari cara nak kenyangkan perut dia kan.. So memang kekerapan suami makan kat luar tue dah menjadi rutin punyer la.. Bukannya selalu pun kan?? Leh ler meroyan lama-lama kat luar sambil lepak dengan member kat kedai mamak dari nak melayan kerenah isteri yang 24 jam muka mekong jer.. Tak baek tau.. Masa nie la keberadaan si suami di sisi isteri yang berkeadaan begini sangat-sangatlah diperlukan.. Yer la, biasa mummy macam tue paling lama pun sebulan (kalau yang  selama 9 bulan tu kena morning sickness macam mana la yer??), so lepas jer tahap hormon mummy dah kembali normal, mummy dah pulih seperti sedia kala.. And biasanya rutin memasak tu pun akan kembali seperti biasa juga.. Yang penting tanggungjawab mummy sebagai seorang isteri dan ibu takkan mummy abaikan..

Yang tu masalah masa awal kandungan, tu kira dalam jangkauan kandungan si isteri 3-4 bulan.. Ada lagi 5 bulan untuk menunggu kelahiran si bayi.. Jangan duk fikir dah lepas gejala morning sickness nie suami dah tak perlu berkorban tau.. Tuk pengetahuan mereka-mereka yang bergelar SUAMI, SEPANJANG 9 BULAN nie la perhatian dan kesabaran mereka sangatlah memainkan peranan (cawah siyer jer mummy nie).. Betul korang.. Masa nie emosi si isteri memang ada naik turunnya.. Walaupun kekadang 60% daripadanya cuma saja nak mengada-ngada, tapi masa nie la hubungan suami isteri tu akan banyak diuji..

Alhamdulillah setelah mummy 2 kali mengandung termasuk yang ketiga nie, hubungan kami semakin erat dan kehadiran anak-anak mummy dalam keluarga mummy lebih memeriahkan lagi hubungan kami.. Masa nie la korang mesti saling bertolak ansur dan memahami.. Sebab kalau si suami yang tak memahami emosi si isteri nie, akan timbul gejala duri dalam daging yang bakal menjadi racun punca keruntuhan keharmonian keluarga.. Bagi si isteri plak, jangan dok fikir si suami jer yang kena berkorban selalu, kita pun kena memahami situasi si suami yang perlu sabar melayan kerenah kita kan.. Janganlah minta benda-benda yang bukan-bukan tak pun di luar kemampuan dia kan.. Nie sampai nak minta hati nyamuk la, istana emas la, kereta mewah la.. Masa nie bukanlah masa nak minta jer apa yang terlintas dalam fikiran nie, sebab kononnya takut nanti kalau tak kesampaian anak nanti dah lahir tak henti-henti berliur yer dak?? Stakat nie belum ada lagie fakta yang sahih yang dpt menyokong teori tersebut.. So tak yah la risau kalau tak kesampaian hajat nakkan sesuatu tue, tak semestinya anak kita mempunyai gejala macam tu tau..

Ekceli ader banyak lagie mummy nak kongsi, tapi yer la, mummy nie pun bukannya pakar sangat pun pasal benda nie, just nak kongsi pengalaman mummy jer.. Mummy bersyukur sebab mempunyai seorang suami dan anak-anak yang memahami dan mampu menerima mummy seadanya.. Kalau penyakit M tak melanda leh ler mummy kongsikan lagie story mory kat sini yer.. Lagipun dah nak abis masa rehat dah nie, perut mummy pun dok asyik bergendang jer dari tadi, dah bagi signal suruh berenti cari makanan sebelum perut nie buat hal lagie.. Len kali kita story lagie key!!

Wasalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...