KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, April 17, 2011

Untuk Kak Yan..

باسم الله الرحمن الرحيم

Terdetik mummy nak buat entri khas untuk anak buah mummy nie setelah membaca luahan hati dia kat sini.. Lepas dah baca keluhan hati dia tue, terimbas kembali lah kenangan masa lalu yang lebih kurang juga pengalaman mummy macam Kak Yan.. Nak komen kat entri tue tapi for sure memang panjang lebar punya.. So mummy nak share something, moga-moga mummy leh kurangkan atau berkongsi pengalaman dengan Kak Yan macam mana mummy tempuh kekecewaan sekiranya apa yang kita hajati tak tercapai..

Aunty mungkin bukan seorang yang 100% Kak Yan boleh contohi.. Tapi aunty faham sangat bagaimana perasaan Kak Yan sekarang nie sebab aunty pernah lalui perasaan tertekan macam tue.. Lagi-lagi la kalau kita dikelilingi dengan orang yang bijak pandai nie kan.. Masa tu la kita rasa rendah diri, kita dah malukan parents kita dengan keputusan kita yang tak seberapa tue.. Masa tue la kita rasa down, macam nak putus asa jer dalam hidup nie..

Buat masa nie hanya Kak Yan jer yang boleh bantu Kak Yan untuk bangkit semula.. Bukan masanya sekarang nak bandingkan result Kak Yan dengan orang lain yang lebih baik dari Kak Yan.. Kita boleh ambil iktibar dari kejayaan orang lain dan beri motivasi kepada diri kita untuk lebih maju lagie.. SPM bukanlah penentu kita seorang yang berjaya atau seorang yang gagal dalam hidup.. Kak Yan memang sedar tindakan Kak Yan boleh memberi impak kepada kedua-dua orang tua Kak Yan dan juga adik-beradik Kak Yan.. Satu persamaan antara Kak Yan dengan Aunty, kita adalah anak sulung.. Kita dijadikan benchmark untuk adik beradik kita yang lain.. Pemikiran orang lain, once yang sulung macam tue perangai dia, macam tu lah juga yang lain, betul tak?? Buat masa nie, Kak Yan pekakkan telinga jer tentang pandangan-pandangan negatif yang Kak Yan dengar. Bagi Aunty, kita yang tentukan corak hidup kita, bukan orang lain.. Mereka takde hak nak judge kesan tindakan yang kita amik.. Kita kena terima akibat daripada keputusan yang kita amik dengan positif..

So sekarang nie, sekurang-kurangnya umi ada di samping Kak Yan untuk memberi sokongan untuk Kak Yan teruskan perjalanan hidup Kak Yan.. So kalau Kak Yan rasa Kak Yan dah kecewakan orang tersayang, Kak Yan ambil ini sebagai pengajaran, jangan hampakan dorang lagie.. Selalu lah minta nasihat dengan orang yang lebih berpengalaman dan rapat dengan Kak Yan.. Ambil kisah kejayaan dorang sebagai satu cabaran untuk buat sekurang-kurangnya macam dorang or lebih baik dari dorang..

Sekarang nie dah masanya Kak Yan rancang macam mana jalan kehidupan Kak Yan sesuai dengan kemampuan Kak Yan.. Rasanya sekarang nie Kak Yan dah tau apa yang Kak Yan nak sebagai karier kan..?? Kalau belum, Kak Yan amik keputusan SPM tu and take the strongest subject selaras dengan minat Kak Yan.. Kalau pilih kursus kat uni nanti, make sure tu subjek yang Kak Yan paling minat and Kak Yan rasa boleh score.. Kalau dah minat Kak Yan kat kursus tue, senang Kak Yan nak score subjek and for sure tension pun berkurangan.. Sebab Aunty ingat lagi masa kenduri kat umah Kak Yan, abah Kak Yan sendiri cakap dia taknak Kak Yan stop setakat diploma jer kan.. So, Kak Yan kena ambil tahu juga hala tuju Kak Yan lepas diploma nanti.. Of course nak sambung degree Kak Yan kena target pointer yang tinggi tau, bukan setakat yang sedang-sedang jer.. Banyak benefit kalau Kak Yan dapat anugerah dekan (pointer 3.5 ke atas).. Yang penting kalau Kak Yan ada apply loan PTPTN nie, dah dapat anugerah dekan memang konfom tak payah bayar sesen pon lepas study.. BEST kan?? Tak lah jadi macam aunty terkakai nak bayar abis loan tue..

Keputusan Kak Yan tu tak lah teruk sangat, cuma kurang sikit benefit yang Kak Yan nak dapat dengan result macam tue.. Kak Yan fikir jer, tak semua result macam tue in future tak boleh berjaya!! Contoh paling dekat Kak Yan - Umi.. Pelajaran umi tak lah setinggi mana, tapi boleh juga dikatakan usahawan yang berjaya juga kan.. Mungkin prinsip abah Kak Yan tu ada bercanggah sikit dengan kemahuan Kak Yan.. Tapi ini kehidupan Kak Yan, biarlah Kak Yan sendiri yang tentukan.. Pendapat orang lain kita boleh ambil kira BERSESUAIAN dengan kehendak kita juga.. Orang tua kita macam tue sebab dorang dah pernah lalui tue semua sebelum kita, so dorang rasa dorang lebih arif tentang liku-liku hidup nie.. Kita kena ambil kira juga nasihat dorang tau, jangan tolak mentah-mentah.. Dorang sayang dengan kita, tue yang selalu nak ambil tahu.. Masa nie memang tempoh jiwa remaja kita memberontak.. Aunty faham tue.. Semua benda rasa macam tak kena jer.. Nasihat Aunty lagi, nikmati lah zaman muda Kak Yan selagi Kak Yan ada peluang nak enjoy.. Zaman uni memang satu fasa yang SANGAT MENYERONOKKAN!! Tapi takleh lebih-lebih tau.. Sambil-sambil tue kena aim untuk capai cita-cita yang Kak Yan dah tetapkan.. HIDUP NIE KENA ADA MATLAMAT.... Orang kata, tuntutlah ilmu biar sampai ke negara China.. Tak semestinya kita dah dapat result macam nie, masa kat uni pun macam tue juga.. TAK... Sekiranya Kak Yan boleh ambil iktibar dari keputusan SPM nie, trust me, you can do better than others!!

Kak Yan, kitorang sayang Kak Yan.. Yang baik kita contohi, yang buruk kita jadikan tauladan.. Betul ker ayat Aunty tue?? Biasalah dah lama tak buka buku BM.. SPM pun cukup makan juga!! Beza umur Kak Yan dengan Aunty pun tak lah jauh sangat.. Kalau Kak Yan perlukan nasihat atau nak luahkan kesedihan Kak Yan, Aunty always willing to be your ears and shoulder.. Jangan lah tension-tension yer Kak Yan.. Tengok sampai mengundang gastrik ngan migrain..  Macam puteri selalu cakap... KITA ENJOY DULU!!!


KAMPATE KAK YAN!!!!!
SAYANG KAK YAN!!!!!

[Image097_0..jpg]

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...