KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, April 12, 2011

Tak Boleh Mengeluh..................

Salam Semuanyer..........
 
Dah beberapa hari meninggalkan blog nie sangat-sangat lah merindukannyer.... Betul ker nie????????  Well.. Beberapa ari nie mummy sebenarnya balik kampung.. Tujuan sebenarnya mummy nak menjemput pulang kerabat sorang nie..
.
.
Yo!! Whatzzupp mummy!!
.
.

 Tersangat-sangat merindui kenakalannya dan kebingitan dia kat umah nie.. Sepanjang 3 hari spent time kat kampung memang rilek sikit la.. At least kurang sikit kepala nie dengan masalah duniawi.. Skejap jer.. Tapi dalam rilek-rilek tue ader juga terfikir agak2 nyer baper banyak la entri-entri tertangguh yang bakal mummy baca pas balik nanti nie kan.. ada ratusan juga la kan?? Agak tepat juga la sangkaan mummy dan top list yang rajin buat entri kompom la c Abg Ben kita!!

Masa perjalanan nak balik kampung nie sangat-sangat la mencabar.. Dengan jalan yang berlopak and keadaan c adik yang demam sejak sehari sebelum perjalanan tu memang sangat memenatkan fizikal.. Tapi setelah memikirkan wajah comel yang bakal mummy jumpa mummy nasihatkan jer che driver kita supaya bertahan lagie 10 jam perjalanan untuk bertemu anakanda tercinta kitorang.. Alhamdulillah selamat juga la kitorang sampai ke destinasi.. Memang luar biasa, perjalanan kitorang kali nie amik masa 13 JAM dari yang biasa.. Nampak dari jauh dah nampak kelibat c kakak kat luar.. Hampir sebulan juga la mummy menitip c kakak di bawah jagaan nenek dia kat kampung.. Happy juga la masa sentuh kulit dia yang telah mulus setelah berubatkan kunyit hidup dengan daun peria hampir seminggu oleh onyang dia.. Tak nampak dah kesan2 allergik dia.. Tapi nenek dia kata alergik dia tue datang-datang juga.. Ikut musim katanya.. Hmmm.. Masa tu la nenek dia suggest supaya tak bawa lagie balik ke KK sebab penyakit dia tue takut datang lagie kalau tak maintain kena ubat.. Lagi-lagie la sekarang nie mummy xder maid nak jaga kat umah.. At least kalau kat kampung senang nak pantau.. C adik pun mummy dah start daftar kat taska seminggu dah.. C adik tu ari ketiga dah demam plak.. 

Nak dijadikan cerita pasal demam c adik nie.. Tengah-tengah melayan kerinduan dengan c kakak nie, c adik pun pandai juga mencari perhatian.. Demam dia x kebah-kebah lagie.. Makin tinggi lagi ada.. Tu yang buat mummy nak jalan-jalan ke mana-mana pun rasa terbantut jer.. Rela lagie mummy duk kat umah malas nak terukkan demam c adik lagie.. Nie bukan pertama kali dah adik nie demam.. Memang SETIAP BULAN dia demam paling kurang sekali.. Ader la petua nenek dia kata suruh "jual" jer adik nie.. Haaaa??? Jual?? Nie kes permerdagangan manusia ker??? Hehehe.. Xder la.. Istilah orang tua-tua konon darah mummy dia x ngam dengan anak dia nie tu yang selalu sakit, so cara dia konon nak tipu penyakit tu kita jual anak tu kat orang len.. Kebetulan ader macik mummy kat situ so dia konon la "beli" c adik nie dengan harga dua poh sen... YA.... DUA PULUH SEN SAHAJA.... Hehehe.. Dia cakap kena simpan duit tue, lepas 5 tahun nanti kena ingat beli balik c adik nie dengan memulangkan syiling dua poh sen tue.. Hehehe.. Mummy ikot jer bulat-bulat.. Bukannya soal percaya ker tak percaya.. Kita kena la cari ikhtiar kan, mana la tau menjadi.. Pelik juga adat orang dulu-dulu nie kan??

Tak habis lagie citer pasal c adik nie.. Yang merisaukan c adik nie demam dia berlanjutan selama mummy kat kampung dua hari dah.. Masa malam kedua tue, atuk dia tegur naper ader ruam kat muka dia.. Mummy pun selamba la bgtau dengan atuk dia kata tu ruam susu sebab adik dah memang ader ruam susu baper lama dah.. Tapi pelik juga mummy tengok ruam dia sebab ruam dia sampai ke kepala dia.. Biasanya xder la sampai ke rambut dia.. Dalam hati mummy nie memang risau dah sebab mummy macam saspek adik nie kena chicken pox.. Tapi mummy taknak terlebih risau takut nanti terover mummy pun ikut demam juga nanti.. Mummy pun follow up keadaan c adik keesokan harinya iaitu hari mummy nak berangkat balik ke KK...

Keesokan harinya sangkaan mummy memang tepat.. Semalaman c adik tak leh tidur akibat miang ruam dia tue.. Mummy pun dengan sabarnya melayan jer la kerenah dia.. Pagi-pagi jer mummy suluh kat satu badan dia mummy dah nampak dah tanda-tanda ruam kat punggung dia, perut, kaki and tangan dia.. C nenek pun check la nadi kat tapak tangan dia.. Dia kata memang positif demam campak nie.. Niat dalam hati kalau boleh mummy taknak balik dulu nie sebab risau dengan c adik kalau-kalau dia meragam masa 10 jam perjalanan nanti.. Kalau mummy takder komitmen lain memang mummy nak stay jer kat kampung.. Nak wat camana kan utang masih melambak lagie kena bayo.. Mummy tawakkal jer redah perjalanan balik KK..

Boleh tahan juga sekejap perjalanan balik nie.. Kena lagie ada tanah runtuh on the way nak balik tue lagi la memakan masa yang lama.. Tengah tunggu queue kitorang nak lalu kawasan tanah runtuh tue mummy pun sempat la shot ruam dia..
.
.
Yang disangkakan ruam susu..

Kat badan dia dah nampak tompok-tompok merah

Keadaan queue kat kawasan tanah runtuh.. Ada beberapa tempat juga runtuh sejak musim hujan melanda x henti-henti nie..
Sampai jer kitorang kat KK terus kitorang ke klinik and doktor cakap most likely adik nie kena chicken pox.. Doktor bagi jer ubat sapu dengan ubat demam in case suhu badan dia naik.. Doktor pesan kalau demam dia tinggi and dia x aktif kurang minum susu dia suruh mummy refer kat hospital.. So far adik tak macam tue.. Hari nie mummy tak masuk kerja sebab migrain yang melanda memantau c adik yang tak henti-henti merengek.. Huhuhu.. Pantang sikit jer mummy nie kurang tidur mesti migrain.. Buat masa nie tompok-tompok merah dia nie tak la menjadi bijian yang ada cecair kat dalam yang biasa kita nampak kat badan orang yang kena chicken pox nie.. Mummy pun belum sapu ubat aper-aper lagie nie.. Mummy ingat pasnie mummy nak kuar jap nak belikan dia kelapa parut nak sapu santan kat muka dia nak kurangkan ruam dia.. Nie petua yang mummy dapat kat FB and nenek dia pun suggest guna santan sapu kat muka dia juga nak kurangkan spreading ruam kat muka dia tue.. Mummy nak sapu santan bukan apa, sebab tangan c adik nie dah tak pandai duk diam dah, dia dah pandai garu dah tempat yang miang.. So, kalau sapu dengan cream takut nanti dia termakan ubat tue.. At least santan tue tak lah beracun kan.. Leh juga dia sihat termakan lemak santan tue.. Hehehe.. 

Mummy anggap nie semua dugaan dari yang Maha Kuasa.. Mummy kena kuat.. Mummy harapan anak-anak mummy.. Korang doa-doalkan lah yer supaya anak-anak mummy nie sihat seperti sedia kala...
 
Miss My BUCUK!!





AMIN....





3 comments:

  1. teruk jgk kn muka c aqeel..danish x cm tu

    ReplyDelete
  2. tadi aku gi refer doktor lain lagie.. dia cakap chicken pox dgn demam campak lain tau.. aku explain la dgn dia ruam dia nie makin berkurangan.. kalau demam campak dia bilang ndakkan ilang sehingga 4-5 ari tue.. Chicken pox atau cacar air tu kluar bintik2 yg ada air tue.. aqeel xda plak mcm tue.. so doktor tu ckp maybe c aqeel nie ruam suhu panas jak.. dia sensitif dgn keadaan cuaca.. so kena pantau dulu 2-3 ari nie.. kalau xda cacar kluar means dia ruam biasa jak la.. aku sapu calamine jak buat masa nie..

    ReplyDelete
  3. alalaaa.. c comel sakit laa plak..


    dtg nk jmput join lucky draw.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...