KemBang, PerkemBanGan, MengemBaNgKAN, DIkembaNGkaN.. ^___^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, April 5, 2011

KESEDARAN................. SOB SOB....

باسم الله الرحمن الرحيم

Semenjak dua menjak telah mengaktifkan diri dalam dunia blogging nie, rupa-rupanya amatlah ku sedari dan diri ini sangatlah ter"outdate" kerana telah jauh ketinggalan dalam dunia blogger nie.. Bukan apa, sebelum nie mummy dah pernah create satu blog untuk tolong husband menpromote bisnes MLM dia (biarlah nama bisnes tu menjadi rahsia, mummy pun malas nak sebut tentang bisnes tue, hampeh!).. Tapi buat separuh jalan jer.. So, baru-baru nie jer mummy buka semula akaun blog mummy tu and mummy ubah blog tue kepada bisnes abang ipar mummy.. Tu pun mummy buat masa husband mummy giat nak tolong abang ipar dia nak promote bisnes tourism dia..And kebetulan juga masa tue mummy tengah cuti bersalin so banyak masa kat umah.. Tu lah first blog mummy.. Link dia kat SINI... Tu masih tahap belajar lagie tu and still is...

Okey.. Naper baru sekarang mummy baru sedar mummy dah outdated?? Gara-gara join sifu blogger Abg Ben la.. Tengok jer follower dia dah beribu.. Tu baru akaun kedua dia, belum lagie akaun dia yg lain.. Fuhhh!!! Dalam hati mummy, giler orang nie, takde kerja ker asyik update blog jer.. Sehari jer baper banyak entry yang dia buat.. Ari nie mummy cubalah rajinkan diri baca older post dia, bulan lalu jer dah 140k viewers.. Belum lagie rekod bulan2 yang lepas sampai 150k.. Tu pun dia mention entri dia dah pun makin berkurangan, berbelas-belas jer... Ha????? Mummy nie pun sebulan punya entri pun belum tau leh tanding entri dia SEHARI!! (Malu-malu)... Waduh.. Macam mana la mummy nak follow up entri-entri dia yg lepas-lepas.. nak juga tau story-mory dia al-kisah macam mana dia leh femes macam skarang nie.. Belum habis baca entri dia semalam, dia dah tambah pula entri baru.. Sampai bila la mummy nak khatam blog entri dia nie????? (Boleh la kot kalau kerja mummy 24 jam  xder kerja tenung lappy jer kan?? )

Sejak tu la mummy memang dah pasang aim nak jadikan dia sebagai contoh.. Kalau boleh mummy taknak buat blog yang penuh sampah.. Yer la, betul juga dia cakap ada certain blog tu entri macam lurus cantik jer takde maki hamun, mengumpat tapi blogger yang sebenar realitinya seorang yang hampeh.. Mummy bukan macam tu OKEY!! Jauhari jer yang mengenal manikam (betul ker falsafah mummy guna tue?? Biasa la mummy nie x pass sangat bahasa-bahasa pujangga nie..) Kalau boleh mummy xnak aibkan saper-saper (kalau "TER" tue ataupun yang terasa ker,sendiri mau ingat la yer, kalau mummy wat entry special pasal hang memang mummy dah x tahan dah tue, memang tahap gaban punya sabar dah tue sampai mummy tak tahan nak mengutuk hang kat sini..)   Kalau boleh mummy nak masukkan entri yang boleh membimbing, penuh dengan infomasi dan pengajaran.. Boleh juga mummy dapat pahala kat, bak kata orang puteh, SHARING IS CARING... Tapi kalau entri tetiba terpesong tu paham-paham jer la yer, masa tu hormon mummy x stabil kot..

Bila la mummy nie nak blajar buat entri pendek tapi berisi yer??? Sebenarnya dalam kepala nie banyak sangat information yang mummy nak share kat sini tapi tak tahu macam mana mummy nak cut short.. Huhu, kalau mummy jadi korang pun mummy pun malas nak baca ayat demi ayat kan??? Amik isi penting jer.. CUT THE CRAP mummy.. Okey okey mummy STOP... Jap, buat penutup dulu, wajib nie kalau masa SPM, kalau x tolak markah... :-)

Kesimpulannya, sebagaimana nasihat sifu kita, kalau ader jer idea dalam kepala nie nak share, buat jer entri, jangan sampai BASI!! (Aik, leh pula buat kesimpulan macam nie, macam-macam cerita kat atas tue, nie ker kesimpulan dia?? ) Hehehe... Bak kata pepatah, buah cempedak di luar pagar, ambil galah kita jolok and makan, mummy nie baru jer nak belajar, kalau ada tips-tips yang bernas share-share la kat blog mummy yer!!!

SEKIAN....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...